Apple sekali lagi gegarkan dunia dengan pelancaran iPhone Air, model yang paling nipis dalam sejarah iPhone, hanya 5.6mm!
Memang nampak premium, rasa macam pegang sekeping kad futuristik. Tapi soalan utama: apa yang perlu dikorbankan untuk ketipisan ni?

Rekaan: Nipis Gila, Rasa Premium
iPhone Air ni ibarat “anak seni” dalam lineup Apple. Senang cerita, dalam adik-beradik dia sorang je lain dari yang lain haha.
Berat cuma 165g dengan skrin 6.5 inci, lebih ringan daripada Pro tapi masih besar untuk menonton cerita.
Apple guna bingkai titanium berkilat (mirror finish), memang nampak mahal betul.
Dan plateau di belakang bukan semata-mata design, tapi ianya housing untuk kamera, cip A19 Pro dan semua lah. Memang hebat engineering dari Apple.

Oh ya, port USB-C dia 3D print titanium khas sebab Apple nak pastikan port muat dengan badan nipis ni. Rare kan?

Prestasi: Power Macam Pro
Walaupun nipis, iPhone Air bukan calang-calang. Dalamnya ada cip A19 Pro, sama level dengan iPhone 17 Pro.

Multi-tasking rasa lancar, apps tak mudah reload. Modem baru C1X pula laju gila untuk 5G Tambah lagi dengan Wi-Fi 7 & Bluetooth 6, memang future-proof.
Kamera: Satu Je?
Ini bahagian paling kontroversi. iPhone Air hanya ada satu kamera 48MP Fusion Main. Tiada Ultra-Wide, tiada Telephoto.
Apple claim boleh simulate 1x, 1.1x, 1.4x, dan 2x “optical quality”. Tapi kalau korang biasa guna zoom telephoto, memang boleh rasa kekurangannya.
Selfie camera pula ada penambahbaikan yang menarik, iaitu 18MP square sensor dengan Center Stage.
Lepas ni dah tak payah pusing phone kalau nak selfie ramai-ramai. Kualiti selfie nampak lebih detail & warna natural.

Bateri: Cukup-Cukup Je
Apple kata boleh tahan 27 jam video playback, tapi realitinya tak sekuat Pro. Kalau heavy user, memang tak lepas sehari penuh.
Nasib baik ada MagSafe battery pack baru, boleh boost playback sampai 40 jam. Tapi itu bermakna anda kena tambah aksesori lagi.

Kekurangan
- Speaker cuma satu (atas earpiece), jadi audio tak sekuat iPhone Pro.
- Cas pantas tapi 50% dalam 30 minit (Pro boleh 20 minit).
- USB-C masih USB 2.0 (480 Mbps), kalau nak transfer video 4K besar memang agak lambat.
Jadi, Siapa Sesuai Beli iPhone Air?
Kalau korang nak iPhone paling cantik & nipis, dengan rasa premium dan prestasi Pro, iPhone Air memang “penarik tumpuan” orang ramai terbaik.
Tapi kalau korang jenis travel selalu, ambil banyak gambar dengan telephoto, atau nak bateri yang panjang, iPhone 17 Pro lagi berbaloi.
Kesimpulan
iPhone Air bukan iPhone “sempurna”. Dia lebih kepada fashion statement + eksperimen design Apple untuk masa depan.
Macam MacBook Air dulu, nipis, ringan, tapi ada beberapa benda perlu kompromi.
Jadi, korang nak design wow atau nak kamera & bateri tahan lama?
Cuba komen di bawah.

Nak jadi orang pertama menggunakan iPhone 17 Air?
Datang terus ke cawangan Factory Mobile atau pre-order melalui www.fmmall.my.

Boleh bayar dengan pelbagai pilihan gateway payment dan nak bayar ansuran 4 kali bayar tanpa interest pun boleh
Kalau nak ke cawangan kami pun boleh, kami sedia membantu anda buat pilihan yang terbaik.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- Apple iPhone 17 Series – Semua Yang Korang Perlu Tahu
- 7 Tips Jimat Masa Guna iPhone
- Redmi Note 15 Pro Series – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ni?
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- Vivo V40 Pro vs Vivo V30 Pro – Mana Lagi Berbaloi?
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI