HONOR muncul lagi dengan pelancaran flagship baru yang betul-betul wow.
Inilah dia HONOR Magic V5, fon lipat paling nipis di dunia buat masa ni.
Rekaan yang nipis, ringan, tapi padat dengan kuasa. Harga rasmi dekat Malaysia ialah RM6,999, dan spesifikasi dia memang layak dengan harga tu.

Nipis Gila Tapi Tetap Solid
Magic V5 ni bila lipat, tebal dia cuma 8.8mm. Bila buka pulak, jadi 4.1mm je. Berat? Hanya 217 gram, lebih ringan dari Magic V3 yang dulu 222 gram.
HONOR juga buat bingkai baru jenis rata supaya genggaman lebih selesa. Jadi walaupun fon lipat, ia boleh rasa premium dan stabil di tangan.

Skrin Besar dan Cantik, Luar Dalam Padu
Magic V5 ada dua skrin OLED LTPO
Skrin luar saiz 6.43 inci, skrin dalam pula 7.95 inci
Dua-dua skrin ni sokong 120Hz refresh rate dan Dolby Vision. Visual memang tajam dan smooth.
Skrin luar dilindungi dengan Anti-scratch NanoCrystal Shield, skrin dalam pulak pakai Super Armored Inner Screen.
Maksudnya fon ni tak mudah calar walaupun selalu dibuka dan tutup.

Chipset Snapdragon 8 Elite, Prestasi Laju Macam Roket
Magic V5 dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite, RAM sampai 16GB LPDDR5X, storan pula boleh capai 1TB UFS 4.1.
Fon ni memang sesuai untuk multitasking, gaming berat, edit video dan apa saja yang anda nak buat tanpa lagging.

Bateri 5820mAh, Cas Laju Tak Menyengat
HONOR guna teknologi karbon silikon untuk sumbat bateri sebesar 5820mAh dalam fon nipis ni. Untuk pengecasan, ia menyokong
- 66W berwayar
- 50W wireless charging
Jadi walaupun guna secara heavy, fon ni masih boleh tahan lama. Cas pun kejap je dah penuh.

Kamera 50MP + 64MP, Swafoto 20MP Dua Arah
Magic V5 pakai sistem tiga kamera belakang
- 50MP utama
- 50MP ultra lebar
- 64MP telefoto
Untuk selfie, dua-dua skrin ada kamera 20MP, jadi tak kira ambil dari luar atau dalam, gambar tetap sharp dan clear.

Ciri Lengkap Ala-ala Flagship
Magic V5 bukan setakat cantik luar dan laju dalam. Dia juga datang dengan
- Stereo speaker
- Fingerprint kat butang power
- Magic OS 9.0.1 (berasaskan Android 15)
- Kalis air dan habuk IP58 IP59
Kalau anda cari fon lipat yang bukan sekadar gaya tapi juga fungsi, ini memang calon paling sesuai.
Nak Jadi Orang Terawal Guna HONOR Magic V5?
➡️ Jom ke mana-mana cawangan Factory Mobile atau beli terus di website

➡️ Nak beli secara ansuran pun boleh! Kami ada Shopee PayLater, Grab Paylater, Aeon Credit, PayEx untuk student, dan terbaru kami ada Ahapay.
Pilih plan, dan terus bawa balik hari ni.

➡️ Follow kami untuk info fon baru, promo dan tips menarik yang akan abe kongsikan.
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- 7 Tips Jimat Masa Guna Iphone
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI