Honor 400 Lite: Telefon Bajet Dengan Reka Bentuk Premium

Honor kembali lagi dalam pasaran Malaysia dengan model terbaru mereka iaitu Honor 400 Lite.

Dengan harga pelancaran RM1,299 untuk varian 12GB RAM + 256GB storan, telefon ini nampaknya cuba menawarkan pengalaman premium pada bajet pertengahan.

Tapi adakah ia benar-benar berbaloi?

Jom kita selami spesifikasi dan pengalaman sebenar menggunakan Honor 400 Lite.

Honor 400 Lite Bajet tapi premium

Rekaan Yang Cantik, Terasa Macam Telefon Flagship

Satu perkara yang memang menonjol tentang Honor 400 Lite ialah rekaan luarnya.

Dengan badan yang nipis 7.3mm dan berat hanya 171g, telefon ini terasa ringan dan selesa di tangan.

Abe suka bagaimana Honor berani menampilkan rupa yang sedikit “iPhone vibes“, lengkap dengan butang kamera khas dan Magic Capsule di skrin.

Sejujurnya, bila pertama kali pegang Honor 400 Lite, abe hampir terlupa ini telefon bawah RM1,500. Rasa dan estetiknya memang melebihi harga.

Pilihan warna seperti biru aqua (Marrs Green) dan kelabu perak (Velvet Grey) juga membuatkan ia nampak eksklusif.

Skrin AMOLED 120Hz: Visual Memuaskan, Tapi…

Honor 400 Lite menggunakan paparan 6.7 inci AMOLED dengan kadar refresh rate 120Hz.

Skrin ini mampu mencapai kecerahan sehingga 3500 nits, sangat sesuai untuk penggunaan di bawah cahaya matahari terik.

Namun, abe perasan yang kadang-kadang warna pada skrin terasa sedikit oversaturated, terutamanya ketika menonton video di YouTube.

Tapi untuk harga dan spesifikasi, nak komplen banyak-banyak memang tak lah.

Prestasi: Cukup Untuk Harian, Tapi Kurang Sesuai Untuk Gamer

Dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7025 Ultra (6nm).

Honor 400 Lite mampu menangani tugasan harian seperti melayari media sosial, WhatsApp, dan YouTube dengan lancar.

Storan dalaman 256GB juga cukup besar untuk majoriti pengguna.

Kalau anda jenis heavy user macam main Genshin Impact atau Call of Duty Mobile dalam grafik ultra, mungkin anda akan rasa sedikit tersangkut-sangkut.

Ini memang bukan telefon untuk gaming.

Tapi untuk penggunaan biasa, Honor 400 Lite memang memadai.

Kamera 108MP: Besar Tak Semestinya Hebat

Di atas kertas, kamera belakang 108MP kedengaran sangat hebat.

Ada juga kamera kedua 5MP ultra-lebar untuk tangkapan gambar landskap.

Gambar waktu siang memang tajam dan berwarna-warni.

Cuma bila ambil gambar dalam keadaan cahaya malap, noise agak ketara.

Mod malam ada, tapi pemprosesan imej masih boleh dipertingkatkan.

Untuk kamera hadapan, 16MP selfie shooter menghasilkan gambar yang cantik untuk Instagram Story atau TikTok.

Abe tak rekemen kalau anda beli Honor 400 Lite hanya untuk kamera utama 108MP sahaja.

Anda mungkin akan rasa sedikit kecewa kalau mengharapkan gambar waktu malam yang flawless.

Yang menariknya dengan Honor 400 Lite ni ialah AI Camera Button yang sama seperti iPhone 16.

Fungsi yang sama iaitu boleh buka Kamera, Zoom in & Zoom Out dan juga butang tangkap gambar.

Bateri dan Pengecasan: Boleh Tahan Seharian

Dengan bateri 5230mAh, Honor 400 Lite mampu bertahan satu hari penuh dengan penggunaan sederhana.

Ia juga menyokong pengecasan pantas 35W, yang mengambil masa lebih kurang satu jam untuk penuh.

Ciri ini sangat praktikal, lebih-lebih lagi untuk mereka yang selalu travel.

Kesimpulan: Berbaloi Atau Tidak?

Honor 400 Lite adalah pilihan yang sangat menarik dalam kategori bawah RM1,200. Ia sesuai untuk pengguna yang mahukan:

  • Rekaan premium
  • Skrin cantik
  • Penggunaan harian yang lancar

Namun, untuk gamer tegar atau pencinta fotografi low-light, mungkin boleh pertimbangkan model lain.

Kalau anda ada pendapat sendiri, sila komen di ruangan komen di bawah.

Kalau anda masih ragu-ragu, jom datang ke cawangan kami!

Sales Advisor kami sedia membantu anda, lengkap dengan demo supaya anda boleh lihat sendiri sebelum buat keputusan.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment