Google Gemini Nano Banana: AI Image Paling Padu!

Google rasmi umumkan Gemini 2.5 Flash Image (nama kod: Nano Banana) pada 26 Ogos 2025.

Tak lama lepas tu, terus trending kat media sosial sebab orang test dan share hasil gambar yang nampak real gila.

Kalau korang ada nampak orang share gambar-gambar action figure, itu semua menggunakan Gemini Nano Banana.

google gemini nano banana

Apa Itu Google Gemini Nano Banana?

Ringkasnya, ini ialah model AI untuk suntingan dan penjanaan imej.

Dibangunkan oleh Google DeepMind, ia masuk dalam aplikasi Gemini, AI Studio, dan Vertex AI. Apa yang buat ia special:

  • Tukar latar belakang, baju, gaya – tapi tetap nampak natural.
  • Subjek kekal konsisten walaupun korang buat edit banyak kali.
  • Boleh gabung dua gambar jadi satu (fusion).
  • Faham vibe dunia sebenar – Bollywood, retro, moden, pengantin Melayu semua boleh.
  • Mudah nak guna walaupun bukan pakar AI.

Macam Mana Nak Guna?

Caranya sangat mudah, korang Google je Google Gemini.

Klik pautan ke Google Gemini, dan korang akan dibawa ke paparan macam ni.

Klik “Create Image” yang ada gambar pisang tu.

Masukkan gambar dan tulis prompt yang abe sediakan dibawah.


Contoh Prompt Gemini Nano Banana Yang Menarik

Kalau nak hasil gambar cun, kena pandai bagi prompt. Abe share contoh:

  • Tukar gambar kepada “action figure”

Masukkan gambar korang dan taip prompt ni:

“Turn this photo into a character figure. Behind it, place a box with the character’s image printed on it, and a computer showing the Blender modeling process on its screen. In front of the box, add a round plastic base with the character figure standing on it. set the scene indoors if possible”

  • Kolaj “Moodboard” Fesyen

Masukkan gambar OOTD korang, dan taip prompt ni:

“A fashion mood board collage. Surround a portrait with cutouts of the individual items the model is wearing. Add handwritten notes and sketches in a playful, marker-style font, and include the brand name and source of each item in English. The overall aesthetic should be creative and cute.”

  • Edit gambar secara auto

Korang malas nak edit gambar jadi lebih cinematic? Taip je prompt ni:

This photo is very boring and plain. Enhance it! Increase the contrast, boost the colors, and improve the lighting to make it richer,You can crop and delete details that affect the composition.

  • Tukar gambar bangunan kepada model 3D

Prompt ni sangat sesuai untuk arkitek ataupun designer. Korang taip prompt ni:

“Make Image Daytime and Isometric [Building Only]”

  • Tukar gambar OOTD kepada gambar passport

Sekarang dah tak perlu pergi ke studio untuk gambar passport. Taip je prompt ni:

Crop the head and create a 2-inch ID photo with:

  1. Blue background
  2. Professional business attire
  3. Frontal face
  4. Slight smile
  • Cenderamata dalam botol

Ni salah satu lagi prompt yang menarik. Tukar gambar kepada cenderamata dalam botol. Korang taip prompt ni:

“A 1/7 scale commercialized collectible figure of the character from the photo, crafted in a highly realistic style. The figure is placed in a detailed beach environment with sand, seashells, and gentle ocean waves. The entire toy display is enclosed inside a clear souvenir glass bottle, giving it a premium miniature diorama look, with realistic lighting and shadows”

  • Jadi patung “Statue”

Nah abe tukar gambar kawan abe jadi “Statue”. Ni prompt yang korang kena taip:

“A photorealistic image of an ultra-detailed sculpture of the subject in image made of shining marble. The sculpture should display smooth and reflective marble surface, emphasizing its luster and artistic craftsmanship. The design is elegant, highlighting the beauty and depth of marble. The lighting in the image should enhance the sculpture’s contours and textures, creating a visually stunning and mesmerizing effect”

Dan banyak lagi gambar-gambar menarik yang boleh dihasilkan dengan Google Gemini Nano Banana.


Limitasi & Perkara Penting

Ada beberapa perkara korang kena ambil tahu sebelum menggunakan Google Gemini Nano Banana ni. Antaranya ialah:

  • Had harian untuk pengguna free.
  • Prompt detail lebih power – kalau cincai hasil mungkin pelik.
  • Data peribadi – hati-hati bila upload gambar.
  • Etika penggunaan – jangan guna gambar orang lain tanpa izin.

Kesimpulan

Dengan kehadiran Google Gemini Nano Banana atau Gemini 2.5 Flash Image ni, akan mengubah cara orang menyunting gambar.

Ia bukan sekadar untuk suka-suka, tapi boleh jadi alat untuk mempercepatkan proses suntingan gambar.

Boleh jadi alat untuk membantu designer, content creator, pemilik bisnes dan juga individu.

Dan sekarang AI dah jadi salah satu fungsi yang wajib ada pada smartphone kini.

Contohnya Honor Magic 7 Pro dan beberapa lagi smartphone-smartphone terkini.

Atau kalau korang nak beli phone lain yang ada AI, korang boleh ke cawangan kami yang berdekatan. Sales Advisor kami akan bantu anda buat pilihan terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment