Beli Smartphone Ansuran AEON Credit Services

Adakah anda sedang berkira-kira untuk membeli phone baru? Kini anda boleh beli smartphone ansuran AEON Credit sehingga 36 bulan.

Hai dan Assalamualaikum para pembaca blog Factory Mobile semua! Pernahkah anda dengar tentang AEON Credit Services? Dengan AEON credit service ini, anda boleh membeli smartphone seperti iPhone 15 Pro secara ansuran.

Jom kita terokai cara-cara membuat pembelian ansuran mudah AEON Credit Service ini di Factory Mobile.

Apa itu AEON Credit Service?

Aeon Credit Service merupakan suatu servis kewangan yang menawarkan pelbagai pelan untuk pengguna melakukan pembayaran secara mudah dan fleksibel. Antara servis yang ditawarkan Aeon Credit Service ini adalah pelan kad kredit, pinjaman peribadi, insurans, serta pembayaran ansuran mudah untuk pembelian borong.

Kebiasaannya, dengan menggunakan ansuran mudah Aeon Credit Services ini, pengguna hanya dikehendaki membayar jumlah pembelian secara pecahan bulanan pada akhir bulan untuk tempoh seminimum 6 bulan hingga maksimum 36 bulan tanpa menggunakan sebarang kad kredit. Tambahan, faedah sebanyak 1.25% akan dikenakan pada baki bulanan tersebut.

Syarat Kelayakan Ansuran AEON Credit Services

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi pengguna yang ingin memanfaatkan servis ansuran mudah Aeon Credit Services ini, antara syarat kelayakan ansuran mudah Aeon Credit Services ini adalah berikutan:

  • Umur: Pemohon harus berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan keatas untuk melayakkan diri membuat pembelian secara ansuran mudah Aeon Credit Services.
  • Verifikasi Identiti: Pemohon juga perlu mempunyai dokumen pengenalan diri iaitu kad pengenalan (MyKad) yang sah untuk verifikasi identiti.
  • Dokumen penting: Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen penting  mengikut bidang pekerjaan masing-masing seperti yang digariskan berikut supaya Factory Mobile dapat menyemak kelayakan pembelian anda. Antaranya adalah slip gaji, statement bank atau SSM.

**Dokumen penting yang diperlukan untuk verifikasi proses pembelian Instalment Aeon Credit Services:

NGO worker/swastaGovernment workerLocal business vendor
Berumur 18 tahun keatas
Identification Card (IC)
Payslip / Slip Gaji
Bank Statement✅ (3 bulan perniagaan)
SSM

Bagi makluman para pembaca semua, permohonan dan pengesahan untuk pembelian handphone secara ansuran Aeon Credit Service ini boleh dilakukan secara online melalui Whatsapp. Jadi, anda hanya perlu mengunjungi cawangan Factory Mobile berdekatan untuk pembelian smartphone atau iPhone anda sama ada secara terus di kaunter kedai kami atau berhubung melalui Whatsapp dengan wakil kami.

Cara Apply Ansuran Aeon Credit Service

Jom kita lihat secara bagaimana cara nak apply atau memohon untuk membuat pembelian menggunakan ansuran mudah Aeon Credit Services di mana-mana cawangan Factory Mobile berdekatan anda.

Langkah 1. Menyediakan dokumen penting

Pertama sekali, anda perlu menyediakan beberapa dokumen penting mengikut kriteria pekerjaan seperti yang telah digariskan bagi memudahkan proses pengesahan permohonan anda. 

  • Pekerja swasta: Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas. Hendaklah mempamerkan Kad Pengenalan diri (MyKad / IC), slip gaji terkini beserta statement bank.
  • Pekerja kerajaan: Hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas, mempamerkan Kad Pengenalan diri (MyKad / IC), dan slip gaji sahaja.
  • Peniaga tempatan: Berumur 18 tahun ke atas, dan hendaklah mempamerkan Kad Pengenalan diri (MyKad / IC), statement bank 3 bulan perniagaan beserta sijil perniagaan SSM.

Langkah 2. Berhubung melalui Whatsapp

Setelah anda menyediakan dokumen yang diperlukan tersebut, anda boleh mengunjungi cawangan Factory Mobile untuk membuat pengesahan dengan staff kami. Akan tetapi, bagi memudahkan pembelian dan proses pengesahan permohonan tersebut, anda boleh menghubungi kami dari Factory Mobile melalui Whatsapp cawangan tersebut.

  1. Factory Mobile Kota Bharu 
  2. Factory Mobile Wakaf Siku 
  3. Factory Mobile Tanah Merah 
  4. Factory Mobile Pasir Puteh  
  5. Factory Mobile Pasir Tumboh
  6. Factory Mobile Pasir Hor 
  7. Factory Mobile AEON Mall Kota Bharu  
  8. Factory Mobile Gua Musang
  9. Factory Mobile Jerteh
  10. Factory Mobile Kuala Terengganu 
  11. Factory Mobile Dataran Austin 
  12. Factory Mobile Shah Alam 

Di Whatsapp, anda akan diminta untuk menghantar dokumen-dokumen tersebut secara online untuk kami memproses permohonan anda. Dari situ, anda akan menerima pautan link dari kami untuk pengesahan identiti. 

Langkah 3. Verify Identity

e-KYC: Setelah menerima pautan link tersebut, anda perlu menekannya untuk pengesahan identiti melalui prosedur electronic-Know Your Customer (e-KYC) di lama web Aeon Credit Service. Masukkan nombor telefon anda dan kemudian tekan send

Ikuti langkah e-KYC: Anda akan menerima 6 digit nombor OTP melalui SMS untuk dimasukkan dan disahkan. Seterusnya isikan maklumat peribadi anda berdasarkan Kad Pengenalan (MyKad) anda dan tekan Next. Pastikan maklumat yang diisikan adalah tepat dan betul.

Anda juga perlu mengambil gambar MyKad anda dan merakam video selfie 3 hingga 4 saat untuk pengesahan diri anda bersama MyKad anda tersebut.

Selesai: Kemudian, anda perlu mengesahkan email serta memasukkan sekali lagi 6 digit nombor OTP baru setelah menekan send. Kini proses e-KYC atau pengesahan identiti telah selesai dan anda boleh memulakan pembelian anda dengan Factory Mobile.

Cara Membeli Smartphone Ansuran Aeon Credit Service di Factory Mobile

Jika kelayakan dan permohonan anda telah disahkan, berikut adalah secara ringkas cara-cara anda boleh membuat pembelian telefon seperti iPhone 15 Pro menggunakan ansuran mudah Aeon Credit Service di Factory Mobile:

Langkah 1. Pilih Smartphone 

Pembelian melalui Whatsapp: Bagi anda yang ingin terus membuat pembelian secara online melalui berhubungan Whatsapp dengan wakil cawangan-cawangan kami, anda hanya perlu menyatakan pilihan telefon anda seperti iPhone 15 Pro kepada wakil kami. Pembelian anda tersebut akan diproses dan di pos terus ke alamat rumah anda. 

Pembelian di kedai: Namun, jika anda ingin membuat pembelian di kedai pula, anda boleh mengunjungi cawangan Factory Mobile berdekatan supaya kami dapat membantu memproses pembelian iPhone 15 Pro anda secara ansuran AEON Credit Service.  

Langkah 2. e-KYC Checkout

Apabila anda ingin checkout pembelian iPhone tersebut, anda perlu melakukan pengesahan ringkas identiti e-KYC. Pihak Factory Mobile akan menghantar link untuk proses facial recognition dan anda kemudiannya perlu memasukkan 6 digit nombor OTP yang dihantar ke inbox SMS anda. 

Langkah 3. Selesai Pembelian

Kini, pembelian anda selesai! Amaun pembelian anda akan dikreditkan ke akaun AEON Credit anda secara online. Anda boleh menyemak dan membuat pembayaran ansuran secara online di laman web AEON Credit Service.

Pastikan anda menyimpan resit dan warranty pembelian dengan selamat supaya anda dapat merujuk pihak kami sekiranya terdapat kerosakan dalam tempoh warranty iPhone 15 Pro anda.

Kini anda telah selesai pembelian iPhone 15 Pro secara ansuran AEON Credit. Pastikan anda membuat pembayaran ansuran tepat pada masanya mengikut tempoh ansuran yang anda pilih untuk mengelakkan sebarang caj lewat atau masalah kewangan di masa akan datang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ansuran AEON Credit atau memerlukan penjelasan lanjut, anda boleh berbincang dan berunding dengan khidmat pelanggan AEON Credit Service atau boleh menghubungi kami di Factory Mobile untuk penjelasan cara pembelian dengan lebih lanjut.

Tips Ansuran Aeon Credit Service

Terdapat beberapa tip tambahan apabila membuat pembayaran balik ansuran AEON Credit anda:

  • Pastikan anda membuat pembelian barangan di dalam kemampuan kewangan anda agar anda mampu membayar balik baki ansuran secara penuh pada tempoh yang ditetapkan dalam pelan AEON Credit anda.
  • Tetapkan reminder untuk membuat bayaran balik ansuran bulanan anda tepat pada masanya.
  • Jika anda mempunyai pelan ansuran yang banyak untuk dilangsaikan, anda boleh pertimbangkan untuk menggabungkan pembayaran-pembayaran pada hujung bulan tersebut menjadi satu untuk memudahkan pengurusan pembayaran anda.
  • Jika anda menghadapi masalah atau kekangan kewangan untuk membuat ansuran bulanan anda, hubungi khidmat pelanggan AEON Credit Service atau pihak cawangan Factory Mobile untuk membincangkan pilihan seperti menangguh pembayaran baki ke bulan seterusnya.

Kesimpulan

Sekarang, anda sudah tahu bagaimana ingin membuat pembelian smartphone secara ansuran mudah menggunakan AEON Credit Service  dengan kami? Khidmat AEON Credit Service ini merupakan antara servis loan atau pinjaman peribadi yang mudah untuk mereka yang ingin membuat pembelian borong dengan hanya kemampuan untuk membayar secara ansuran. 

Kami juga menawarkan pembelian Buy Now Pay Later dengan Grab Pay Later dan Shopee Pay Later.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan atau kekeliruan mengenai cara pembayaran di Factory Mobile, anda boleh menghubungi kami atau mengunjungi cawangan Factory Mobile kami yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Comment