Pixel 10 Masuk Malaysia – Apa Yang Baru & Bila?

Abe dengar berita panas yang Google Pixel 10 series dah confirm masuk Malaysia 21 Ogos 2025! Sehari sebelum tu, Google akan buat pelancaran global, lepas tu terus masuk Malaysia.

So, kalau korang tengah tunggu phone baru yang fokus pada AI, kamera padu dan tahan lama, meh Abe share apa yang menarik sangat dengan Pixel 10 ni.


Model Apa Yang Akan Masuk?

Google bawa masuk 4 model sekali gus:

  • Pixel 10 (biasa tapi power)
  • Pixel 10 Pro (lagi mantap)
  • Pixel 10 Pro XL (besar sikit, lebih padu)
  • Pixel 10 Pro Fold (Pixel lipat pertama – confirm ramai nak cuba)
Kredit: Urban Republic

Spesifikasi & Ciri Utama

Cip Google Tensor G5
Cip buatan Google sendiri, proses 3nm dari TSMC. Lagi laju, lagi jimat bateri, dan AI dia makin bijak.

Tak panas macam generasi sebelum ni, jadi gaming atau edit gambar lama pun steady.

RAM & Storan Besar
Boleh pilih sampai 16GB RAM dan storan sampai 1TB. Sesuai untuk korang yang suka simpan banyak gambar, video, dan app berat.

Kamera Telefoto Untuk Semua
Pixel 10 kali ni semua model ada telefoto! Model Pro siap ada lensa 48MP OIS, zoom 5x clear gila.

Pixel Sense – AI Assistant Baru
Boleh urus jadual, reply email, siap tolong plan perjalanan ikut GPS. Macam ada PA dalam poket.

PixelSnap Wireless Charging
Dah support wireless charging magnetik ala MagSafe. Leceh kabel? Lepas ni lekat je, terus cas.

7 Tahun Update
Google janji update Android dan patch keselamatan sampai 7 tahun. Beli sekarang, 7 tahun lagi baru tukar phone.


Harga Anggaran Malaysia

ModelAnggaran Harga
Pixel 10RM3,699 – RM3,999
Pixel 10 ProRM4,700 – RM5,200
Pixel 10 Pro XLDari RM5,900
Pixel 10 Pro FoldDari RM7,500 ke atas

Kelebihan Pixel 10

  • Tensor G5 + AI Pixel Sense = phone lebih bijak dan laju
  • Kamera telefoto kali pertama untuk model asas
  • 7 tahun support – jarang dapat macam ni kat phone Android lain
  • Wireless charging magnetik – lebih senang untuk daily use

Kekurangan Pixel 10

  • Design tak banyak beza dari Pixel 9
  • Bateri bawah 5000mAh, kurang sikit dari pesaing lain
  • Wireless charging magnetik perlukan aksesori PixelSnap khas

Kenapa Beli Kat Factory Mobile?

  • Ansuran mudah – Shopee PayLater, AhaPay, Aeon Credit
  • Freegift pre-order – Earphone, casing, pelindung skrin (ikut promosi semasa)
  • After-sales support – Nak claim warranty atau apa-apa masalah lain? Team Factory Mobile boleh tolong.

Kesimpulan

Kalau korang nak phone AI paling “smart” sekarang, kamera yang boleh zoom jauh tanpa pecah, dan nak pakai phone yang tahan sampai bertahun-tahun, Pixel 10 memang antara pilihan terbaik tahun ni.

Tapi Pixel 8 & 9 masih lagi padu, dan alang-alang 20 haribulan ni Factory Mobile ada buat Promosi Hari Merdeka, dan kami nak lelong Pixel yang ada dalam stok kami.

Kalau nak ke cawangan kami pun boleh, kami sedia membantu anda buat pilihan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment