Bateri iPhone Original VS Tiruan

Apa perbezaan bateri iPhone original dan tiruan? Jom ketahui lanjut perbezaan bateri iPhone original dan bateri fake.

Tahukah anda, bateri iPhone kini ada bateri original (bateri ori) dan ada juga yang bateri tiruan (bateri fake). Namun, bateri iPhone original dan tiruan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Dari segi jaminan kualiti, prestasi serta harga pasaran, perbezaan bateri iPhone original dan fake masing-masing bergantung atas kemampuan dan keselesaan anda sebagai pengguna. 

Kenali Bateri Ori VS Bateri Fake iPhone

Sebagai pengguna gajet, kami faham bahawa keselesaan menggunakan telefon dalam prestasi terbaik adalah sangat penting. Berikut adalah antara kebaikan dan kekurangan (pros and cons) sekiranya anda menggunakan bateri iPhone original dan tiruan.

Bateri original (ori): 

Ketika anda membeli iPhone yang baharu daripada wakil-wakil penjual Apple yang diyakini, smartphone yang dibeli tersebut telah pun dilengkapi dengan bateri iPhone original atau bateri iPhone ori daripada pengeluar Apple.

Pros

✅ Jaminan kualiti yang dipercayai
✅ Polisi waranti sah selama 1 tahun
✅ Tahan lebih lama
✅ Material berkualiti tinggi

Cons

❌ Harga bateri lebih mahal
❌ Kapasiti yang lebih kecil

Bateri iPhone original kebiasaannya diperbuat menggunakan material yang berkualiti dan bateri original ini mempunyai jaminan kualiti yang dipercayai oleh rata-rata pengguna teknologi dan technician telefon. Bahan buatan bateri original yang berkualiti inilah tahan lama dan tidak mudah rosak dalam jangka masa yang singkat.

Tambahan pula, bateri ori ini akan disertakan warranty yang sah daripada Apple selama 1 tahun bersama pembelian iPhone anda untuk sebarang servis melibatkan peranti iOS anda. 

Bateri tiruan (fake): 

Bateri tiruan, bateri ciplak atau bateri fake pula kebiasaannya boleh didapati di mana-mana pada harga yang jauh lebih murah daripada bateri iPhone original. Bateri iPhone tiruan atau bateri iPhone fake ini merupakan alternatif bateri iPhone bagi pengguna yang mempunyai bajet khusus.

Pros

✅ Harga bateri lebih murah
✅ Mudah didapati dalam pasaran
✅ Kapasiti bateri lebih besar

Cons

❌ Prestasi bateri cepat merosot
❌ iPhone shutdown secara tiba-tiba
❌ Tidak tahan lama (ketahanan yang rendah)
❌ Fon tidak mengecas dengan betul
❌ Bateri fon cepat drain
❌ Tiada waranti sah daripada Apple.
Material bateri berkualiti rendah.

Sebaliknya bagi bateri iPhone fake pula, ianya tidak mempunyai jaminan kualiti sepertimana bateri iPhone original. Bateri iPhone fake menggunakan material berkualiti rendah dan berisiko menyebabkan iPhone anda untuk shutdown secara random atau masuk bootloop disebabkan cas fon tidak masuk dengan elok. 

Bateri iPhone tiruan ini lebih cepat drain daripada kebiasaan bateri ori dan fon boleh cepat panas. Malah, terdapat juga risiko dan kekurangan apabila menggunakan bateri tiruan antaranya adalah prestasi bateri fon yang cepat merosot menyebabkan telefon hang, lagging atau lambat respon. 

Bukan sahaja tiada jaminan dari segi kualiti, malah pengguna juga tidak dapat menggunakan polisi waranti yang sah daripada pihak Apple untuk sebarang servis melibatkan peranti iOS anda: Termasuklah servis tukar bateri iPhone rosak kepada yang baru daripada Apple.

Sesetengah bateri iPhone fake dikatakan menawarkan kapasiti yang lebih besar, namun, disebabkan penggunaan material bateri yang berkualiti rendah, begitu ramai pengguna telah menyatakan bahawa prestasi telefon mereka merudum dan merosot apabila menggunakan bateri tiruan mengakibatkan pelbagai masalah tambahan dalam jangka masa yang singkat.

Cara Check Keaslian Bateri iPhone

Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti keaslian atau ketulenan bateri iPhone anda sama ada ianya bateri iPhone original dan tiruan iaitu melalui sistem setting iPhone, keadaan fizikal bateri, atau menggunakan battery tester device:

  1. Sistem Setting iPhone

Untuk kenal pasti keaslian bateri iPhone, anda boleh check di settings iPhone anda dengan mengikuti ‘Settings BatteryBattery Health’.

Di situ, anda akan mendapat sebuah pop-up notificationImportant Battery Message” dan dibawahnya “Unable to verify this iPhone has a genuine Apple battery. Health information not available for this battery.” yang menandakan amaran bahawa bateri anda bukan bateri genuine atau bateri ori, iaitu bateri iPhone fake.

Jika tiada notifikasi pop-up seperti berikut muncul, itu bermakna bateri iPhone anda adalah bateri original dan bukannya bateri tiruan.

Terdapat juga kaedah lain untuk menentukan keaslian bateri iPhone di Settings anda iaitu dengan menekan ‘Settings GeneralAbout Phone’. Jika di sebelah ‘Battery’ pada bahagian ‘Parts and Service History’ tersebut memaparkan ‘Genuine Apple Parts’, ianya bermakna bateri iPhone anda adalah bateri iPhone original.

Namun sebaliknya jika pada bahagian tersebut memaparkan ‘Unknown Part’, ia menunjukkan bahawa bateri iPhone yang digunakan adalah bateri iPhone tiruan, seperti contoh paparan berikut:

  1. Keadaan Fizikal Bateri

Selain mengenalpasti melalui settings iPhone, pakar technician kami turut berkongsi antara ciri yang fizikal bateri untuk mengenal pasti perbezaan bateri iPhone original dan fake. Antara ciri keadaan fizikal tersebut adalah:

  • Logo: Sesetengah bateri iPhone tiruan tidak mempunyai langsung logo jenama Apple pada bateri tersebut manakala bateri iPhone original selalunya akan memaparkan logo asli pengeluar Apple sebagai bukti bateri tersebut adalah bateri sah daripada Apple.
  • Pelekat Hologram: Sebagai bukti keaslian bateri yang dihasilkan dan dijual di pasaran, pengeluar bateri handphone tersebut kebiasaannya akan melekatkan satu pelekat hologram pada kotak bateri tersebut. Pelekat ini hanya dapat dilihat dibawah cahaya bluelight.
  • Tulisan pada bateri: Sepertimana paparan logo tersebut, seandainya tulisan pada bateri juga kabur atau tidak jelas, ianya bermakna bateri iPhone yang anda gunakan adalah bateri tiruan.
  • Packaging: Bagi bateri iPhone original, packaging yang dibuat adalah kemas dan menjadi suatu faktor yang penting untuk meraih kepercayaan user Apple terhadap kualiti produk-produknya. Sekiranya bateri tersebut mempunyai packaging yang tidak kemas dan turut mempunyai cacat cela pada fizikal luaran bateri tersebut, bateri tersbut berkemungkinan merupakan bateri iPhone fake.
  1. Menggunakan Battery Tester Device (iCopy Plus)

Di samping itu, untuk kenalpasti sama ada bateri iPhone original dan  fake, terdapat suatu device hanya pihak technician gunakan yang dipanggil sebagai ‘Battery Tester Device’ atau iCopy Plus. 

Kebiasaannya, keadaan fizikal bateri ori dan fake dapat ditentukan oleh para pakar technician elektronik dan jarang sekali user dapat menentukan keaslian bateri iPhone mereka dengan melihat keadaan fizikal bateri tersebut.

Apabila bateri iPhone tersebut disambungkan dengan bateri tester, jika ia paparkan ‘unknown brands’ di bahagian Assess, ianya membuktikan yang bateri tersebut adalah ciplak. Sebaliknya jikalau bateri iPhone original, ia akan paparkan ‘Original’ pada battery tester tersebut.

Perbezaan Bateri iPhone Original dan Tiruan

Berikut adalah antara ciri-ciri perbezaan bateri iPhone original dan tiruan secara ringkas:

Bateri oriBateri fake
Kualiti materialBerkualiti tinggiBerkualiti rendah
Tulisan pada bateriJelasKabur & Tidak Jelas
PackagingKemasTidak kemas
Mempunyai cacat cela 
Pelekat HologramAdaTiada

Ciri-ciri perbezaan bateri iPhone original dan tiruan di atas bukannya menjadi penentu yang tepat kerana terdapat bateri fake yang mampu meniru kualiti luaran fizikal agar tampak sebiji seperti bateri original. 

Oleh itu, bagi pengguna umum, lebih-lebih lagi pengguna device Android yang tidak dapat kenalpasti keaslian bahagian dalaman fon melalui setting, ianya sukar untuk anda mengenalpasti ketulenan bateri handphone anda. Kami galakkan anda mengunjungi Factory Mobile dan berurusan dengan technician kami bagi mengenal pasti keaslian bateri smartphone anda tersebut.

Awas Bateri iPhone Tiruan | Bateri Fake

Masih ingin membeli lagi ke bateri iPhone ciplak? Jika anda menjawab tidak, jom kita lihat antara tips elak membeli bateri iPhone tiruan. 

  1. Membeli daripada kedai trusted seller : Pastikan anda membeli daripada penjual yang dipercayai seperti Factory Mobile bagi mendapatkan bateri iPhone ori yang berkualiti.
  2. Memeriksa review jika membeli online : Jika membeli bateri iPhone secara online, sentiasa check review dan rating kedai online tersebut untuk lebih yakin sebelum membuat pembelian.
  3. Memastikan packaging bateri iPhone kemas : Kenalpasti bateri yang dibeli adalah asli dan ori melalui packaging yang kemas bagi menjaga kualiti bateri tersebut sampai ke tangan anda.
  4. Check keadaan fizikal bateri smartphone : Pastikan bateri iPhone tersebut adalah ori berdasarkan point-point yang telah dijelaskan dalam panulisan ini.
  5. Simpan Resit & Warranty : Sentiasa simpan resit dan waranti bagi memudahkan proses mendapatkan ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan pada bateri fon tersebut dalam tempoh waranti.
  6. Check Part Authenticity (Settings) : Jangan lupa untuk memeriksa ketulenan part dalaman fon melalui sistem settings
    (Settings GeneralAbout PhoneParts and Service History).
  7. Periksa Battery Health : Check juga keadaan battery health fon anda sekiranya bateri fon tersebut masih dalam keadaan baik (battery health 80% dan keatas) atau sebaliknya (battery health 79% dan ke bawah) perlu digantikan.

Kesimpulan

Sekarang, anda sudah tahu perbezaan bateri iPhone original dan fake. Pastikan anda mendapatkan bateri iPhone yang asli supaya dapat mengelakkan risiko prestasi handphone anda cepat merosot dan menjejaskan keselesaan anda menggunakannya. 

Sekiranya anda perlukan servis tukar bateri iPhone anda atau mana-mana peranti mudah alih anda, datanglah dan kunjungi pakar technician kami untuk mendapatkan bateri iPhone original di pasaran.

Seandainya anda ingin lebih yakin dan kepastian sama ada bateri iPhone anda adalah ori ataupun fake, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan handphone secara percuma dari mana-mana cawangan Factory Mobile kami. 

Moga penulisan hari ini mampu berkongsi pengetahuan extra untuk pembaca semua! 

Factory Mobile: Your Gadget Solutions!

4 thoughts on “Bateri iPhone Original VS Tiruan”

  1. Salam boss saya beli iphone 12 second nak dekat 3 bulan. Saya perasan bateri saya ni cepat drain dan bateri health pun cepat turun. Sekarang ni bateri health saya 79%. Adakah ini bermakna beteri iphone saya fake?? Mohon penjelasan

    Reply

Leave a Comment