Pelancaran telefon pintar baru sentiasa jadi tumpuan, tapi malam semalam ada sedikit istimewa.

Kami dari Factory Mobile diberi peluang menghadiri majlis makan malam eksklusif bersama pelancaran rasmi model terbaru daripada Infinix iaitu GT30 Pro.
Suasana tenang tapi penuh semangat. Yang hadir dari pelbagai latar belakang dan rakan retail berkumpul di satu tempat, semua dengan satu tujuan.
Nak lihat sendiri apa yang ditawarkan oleh GT30 Pro.
GT30 Pro – Rekaan Yang Lebih Matang
Apa yang terus mencuri perhatian sebaik sampai? Sudah tentu unit GT30 Pro yang dipamerkan dalam tiga warna eksklusif:

- Dark Flare (Hitam) – Paling menonjol. Efek mechanical lightwave oren kemerahan memberikan aura gaming yang agresif.
Rekaan ini jelas menyerlah “DNA GAMING” ada padanya.

- Blade White (Putih) – Minimalis tapi tetap futuristik.
Pencahayaan putih menambahkan “clean look” yang sangat sesuai untuk pengguna yang sukakan gaya moden dan simple.

- Shadow Ash (Kelabu) – Lebih lowkey, dengan sentuhan profesional. Masih mengekalkan vibe gaming tapi lebih ‘steady’.
Yang paling menarik, reka bentuk fizikal GT30 Pro nampak lebih matang berbanding model sebelumnya, GT20 Pro.
Badan lebih solid, sisi lebih kemas, dan kini dilengkapi dengan trigger button di bahagian sisi untuk pengalaman game yang lebih responsif.
Harga Rasmi Di Malaysia – Berbaloi Dengan Ciri Yang Ditawarkan
Infinix GT30 Pro hadir dalam dua varian untuk pasaran Malaysia:
- 12GB RAM + 256GB storage – RM1,299
- 12GB RAM + 512GB storage – RM1,499
Dengan harga bawah RM1,500, GT30 Pro menawarkan ciri-ciri yang biasanya ada pada telefon gaming lebih mahal — trigger button, lampu led customizable, rekaan agresif dan storan besar.
Serius, ini antara deal terbaik dalam kategori mid-range untuk gamer.

Tablet Gaming Baru: Infinix XPAD GT
Malam itu juga Infinix mengambil peluang memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu XPad GT.

Fokus utama tablet ini? Gaming.
Dan lebih menarik, setiap pembelian tablet ini bakal didatangkan dengan stylus pencil dan keyboard secara percuma.
Harga untuk spesifikasi 8GB + 256GB berjumlah RM1,699.
Tapi berdasarkan demo yang dipertontonkan, tablet ini menyasarkan pengguna aktif yang mahu skrin besar, prestasi tinggi, dan fleksibiliti.

Factory Mobile Terima Anugerah Khas

Malam itu lebih bermakna buat kami apabila Factory Mobile menerima anugerah “Top 50 Premium Retail Partner Award” daripada Infinix.
Satu-satunya wakil bumiputera Melayu Islam yang tersenarai pada malam tersebut.
Ini satu pengiktirafan yang cukup besar, bukan saja untuk team kami, tapi untuk semua pelanggan yang terus menyokong kami dari dulu sampai sekarang.
Terima kasih!
Kesimpulan: GT30 Pro Bukan Sekadar Gimik
Malam pelancaran Infinix GT30 Pro membuktikan yang jenama ini semakin serius menawan hati pengguna Malaysia, terutamanya golongan gamer dan anak muda.
Dengan harga mampu milik, rekaan menarik, dan prestasi yang dijanjikan, GT30 Pro dijangka menjadi salah satu model popular untuk tahun ini.
Dan untuk anda yang nak tengok sendiri model ni secara dekat, jangan risau — GT30 Pro boleh didapati di semua cawangan Factory Mobile nanti.
Tunggu apa lagi?

Atau boleh terus ke cawangan kami yang terdekat, Smartphone Advisor kami akan bantu anda untuk buat pilihan yang terbaik.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- 7 Tips Jimat Masa Guna Iphone
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI