Oppo A5 Pro, Phone Untuk Kerja Lasak!

Kalau kerja anda jenis lasak—tapak binaan, delivery, kerja luar pejabat—anda mesti nak telefon yang tak cepat rosak.

Masuk poket seluar basah, jatuh dari meja, kena minyak, kerja mesti siap.

Jadi Oppo keluarkan A5 Pro 5G yang mana ia bukan telefon biasa.

Ia direka khas untuk pengguna yang berhadapan situasi ekstrim, dengan tahap ketahanan yang mengalahkan telefon mahal.

Jom baca review abe tentang Oppo A5 Pro.

Oppo A5 Pro tahan lasak, harga bajet

Ketahanan Oppo A5 Pro

KomponenFungsi
Gorilla Glass 7i (depan)Lindung skrin dari calar & retak
Xensation Alpha Glass (belakang)Tahan hentakan kuat
IP68 & IP69Anti air & habuk – boleh survive hujan dan lumpur
MIL-STD-810HStandard tentera – tahan jatuh, suhu ekstrem, gegaran

Dalam video pelancaran, Oppo drill terus skrin dia, kemudian rendam dalam air panas.

Telefon tu masih on dan boleh guna macam biasa. Ibu-ibu yang memasak di dapur tak perlu bimbang phone terjatuh dalam sup panas.

Selain itu, dengan rating IP68 dan IP69, Oppo A5 Pro tahan terhadap air dan debu.

Jadi, kalau anda kerja dekat kawasan berdebu atau terdedah kepada air, A5 Pro memang pilihan terbaik.

Pekerja luar seperti rider dan kontraktor pasti berpuas hati dengan ketahanan model ni.


Spesifikasi Oppo A5 Pro: Bukan Setakat Tahan Lasak!

  • 6.7 inci HD+ display + 120Hz – paparan besar & lancar, sesuai untuk streaming dan gaming
  • Cipset:
    • 5G: MediaTek Dimensity 6300 (lebih pantas dan stabil berbanding 4G)
    • 4G: Snapdragon 6s Gen 1
  • RAM: 6GB atau 8GB
  • Storan: 128GB atau 256GB – dah cukup untuk keperluan harian
  • Kamera belakang 50MP + mono 2MP – dah memadai dengan harga
  • Kamera selfie 8MP – biasa-biasa sahaja
  • Bateri 5,800mAh – tahan sampai malam
  • Pengecasan pantas 45W – tak perlu tunggu lama untuk caj penuh

Oppo A5 Pro juga dilengkapi dengan AI-enhanced camera performance yang memudahkan pengguna menangkap gambar dengan kualiti tinggi dalam pelbagai keadaan.

Kamera 50MP belakang menggunakan AI Scene Enhancement, yang membantu menganalisis dan menyesuaikan setting kamera secara automatik untuk memastikan gambar yang lebih terang, jelas, dan tajam—terutamanya dalam persekitaran kurang cahaya.

Bagi yang gemar selfie, kamera depan 8MP dilengkapi dengan AI Beautification untuk menjadikan wajah lebih cerah dan kulit lebih sempurna.

Menjadikan Oppo A5 Pro pilihan yang tepat untuk setiap sesi foto.


Connectivity: Sambungan Signal Lebih Stabil

Salah satu kelebihan utama Oppo A5 Pro adalah connectivity yang sangat penting bagi pengguna aktif yang bergerak pantas.

Oppo A5 Pro menawarkan sambungan 5G menggunakan MediaTek Dimensity 6300, membolehkan anda menikmati kelajuan internet yang pantas dan stabil.

AI Link Boost berfungsi untuk meningkatkan kualiti sambungan di kawasan dengan signal lemah, seperti kawasan yang sesak atau jauh dari menara pemancar, memastikan kelajuan internet sentiasa optimum.

Ini penting untuk mereka yang perlu menggunakan telefon untuk kerja yang memerlukan sambungan stabil, seperti video conferencing atau penghantaran data besar.

Selain itu, Oppo A5 Pro juga mempunyai Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.0, memastikan sambungan jauh lebih pantas dan boleh menghubungkan lebih banyak peranti sekaligus tanpa masalah gangguan.


Harga Oppo A5 Pro Di Malaysia

ModelHarga
Oppo A5 Pro 4GRM899
Oppo A5 Pro 5GRM1,099

Untuk Siapa Oppo A5 Pro?

  • Pekerja tapak binaan
  • Kontraktor dan technician
  • Rider dan runner
  • Ibu bapa yang selalu bagi anak main telefon
  • Outdoor enthusiast – camping, hiking, travel
  • Usahawan & peniaga online yang perlukan telefon all-day

Dengan spesifikasi yang cukup mantap, Oppo A5 Pro 5G sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan telefon tahan lasak tapi tetap mempunyai kuasa untuk light gaming, multimedia, dan kerja harian.


Kesimpulan Abe

Kalau anda orang yang jenis tak duduk diam, telefon pun kena tahan lasak macam tu juga.

Oppo A5 Pro ni bawa gabungan ketahanan kelas tentera, spesifikasi padu, dan harga bajet. Tak perlu casing tebal, tak perlu backup phone.

Dengan tambahan AI Link Boost 2.0 untuk koneksi 5G yang stabil, dan kamera AI yang membantu dalam mengambil gambar berkualiti tinggi.

Oppo A5 Pro 5G memang pilihan yang tepat bagi mereka yang perlukan telefon tahan lasak dan berfungsi cemerlang dalam semua aspek.

Kalau anda masih ragu-ragu, jom datang ke cawangan kami!

Sales Advisor kami sedia membantu anda, lengkap dengan demo supaya anda boleh lihat sendiri kehebatannya sebelum buat keputusan.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment