Phone Masuk Air? 5 Langkah Mudah untuk Selamatkan Telefon

Musim banjir memang mencabar, lagi-lagi bila risiko phone masuk air semakin tinggi.

Air boleh masuk ke dalam telefon tanpa kita sedar – terkena hujan, jatuh dalam lopak air, atau terlepas tangan masa pindahkan barang.

Kalau tak bertindak cepat, telefon boleh rosak teruk.

Jangan risau, Abe nak kongsikan 5 langkah mudah untuk selamatkan telefon anda kalau terkena air.

phone masuk air

5 Langkah Mudah Selamatkan Phone Masuk Air

1. Matikan Telefon dengan Segera

Langkah pertama yang paling penting ialah matikan telefon anda secepat mungkin.

Biarkan telefon dalam keadaan mati untuk mengelakkan arus elektrik menyebabkan litar pintas, merosakkan motherboard, atau komponen seperti skrin.

⚠️ Jangan buat ini:

  • Jangan hidupkan telefon untuk “check” ia masih berfungsi atau tidak.
  • Jangan cuba cas telefon selepas terkena air.
Picture from MacWorld

2. Jangan Tekan Apa-Apa Butang atau Cuba Cas

Kalau phone masuk air, jangan sesekali tekan-tekan butang atau cuba sambungkan pengecas!

Ini akan menyebabkan aliran elektrik masuk dan merosakkan komponen dalaman telefon.

Tips Abe: Biarkan telefon dalam keadaan mati sehingga anda selesai langkah-langkah lain untuk selamatkan telefon.

Picture from BlackView

3. Keluarkan Kad SIM dan Kad SD (Jika Ada)

Cabut kad SIM dan kad SD secepat mungkin. Langkah ini penting untuk elakkan kehilangan data yang penting.

Simpan kad di tempat yang kering sementara anda cuba keringkan telefon.

Picture form iStock

4. Elakkan Pengering Rambut untuk Keringkan Telefon

Walaupun nampak logik, guna pengering rambut sebenarnya boleh buat masalah lebih besar.

Haba dari pengering rambut boleh merosakkan komponen kecil dalam telefon.

Sebaliknya, guna kain mikrofiber atau tisu kering untuk lap bahagian luar telefon dengan lembut.

Kalau boleh, balut phone masuk air dengan kain kering untuk serap kelembapan.

Picture from Addyology

5. Jangan Letak Telefon Dalam Beras – MITOS!

Ramai percaya kaedah ini boleh bantu, tapi sebenarnya ia MITOS.

Walaupun beras boleh serap kelembapan, ia tidak cukup untuk keringkan bahagian dalaman telefon.

Kalau nak cuba serap kelembapan, guna silica gel (seperti dalam kotak kasut baru) dan simpan telefon dalam bekas kedap udara.

Tapi kalau telefon masih tak hidup selepas itu, bawa ke kedai repair.

Picture form stanleymilton.com

Telefon Masih Tak Hidup? Bawa ke Factory Mobile

Kalau dah ikut semua langkah tadi tapi telefon masih tak berfungsi, bawa terus ke 12 cawangan Factory Mobile.

Kami pakar dalam membaiki telefon yang rosak akibat terkena air.

Kenapa Factory Mobile Pilihan Terbaik?

  1. Servis Pantas: Pemeriksaan dan pembaikan boleh siap dalam masa 15 minit sahaja (bergantung kepada kerosakan).
  2. Technician Berpengalaman: Technician kami berpengalaman dalam menangani kes telefon rosak akibat air.
  3. Komponen Berkualiti Tinggi: Semua pembaikan menggunakan komponen yang terjamin kualitinya.
  4. Harga Berpatutan: Anda boleh dapatkan servis yang berkualiti tanpa membebankan poket.

Cara Lindungi Telefon Masa Musim Banjir

  • Gunakan Sarung Kalis Air: Simpan telefon dalam casing kalis air jika keluar rumah semasa hujan.
  • Elakkan Telefon di Tempat Basah: Simpan telefon di tempat tinggi dan jauh dari kawasan air.
  • Jangan Guna Telefon Semasa Hujan: Kalau perlu jawab panggilan, gunakan earphone atau aksesori lain.

Kesimpulan Abe

Musim banjir ni memang banyak cabaran, tapi anda masih boleh selamatkan telefon kalau ikut 5 langkah mudah ini.

Kalau telefon anda tak berjaya dibaiki sendiri, jangan risau – bawa je ke Factory Mobile.

Dengan servis pantas dan berkualiti, telefon anda akan kembali seperti baru.

Telefon sihat, hati pun tenang!


Nak baca lebih? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment