Pernah tak bateri phone korang tengah nazak, tinggal 1% je. Bila cucuk charger, bateri tak masuk caj langsung!
Kalau situasi ni pernah jadi kat anda, jangan terus kata phone rosak. Kadang-kadang masalah ni datang dari benda yang kita tak sangka.
Jom abe senaraikan 5 punca kenapa smartphone tak masuk caj, dan apa tindakan paling bijak anda boleh ambil.

1. Kabel Dah Rosak
Benda pertama sekali anda perlu cek adalah kabel. Kadang-kadang kabel masih nampak elok, tapi dalamnya mungkin dah reput.
Kabel ni macam tali pinggang. Kalau hari-hari digulung ketat, ditarik kasar, masuk beg campak sana sini, memang cepat rosak.
Kadang-kadang kabel murah mudah cepat rosak. Lebih baik guna yang original atau yang lebih berkualiti.
Apa Petanda kabel rosak? Korang mungkin kena goyang-goyang dulu baru caj masuk, atau caj masuk tapi bateri naik secara perlahan.
Jadi apa anda perlu buat?
Cuba tukar dengan kabel lain dulu. Kalau caj masuk macam biasa, haaa… masalah anda dah selesai kat sini.

2. Kepala Charger (Power Adapter) Bermasalah
Kadang-kadang bukan kabel yang salah, tapi kepala charger tu sendiri yang rosak.
Power adapter ni macam jantung, kalau dia tak hantar voltan yang stabil, phone memang tak dapat “makan”.
Abe nasihatkan guna kepala charger original atau jenama yang sah dan berkualiti. Elakkan guna charger yang beli di kedai RM2.

3. Port Charger Longgar, Kotor, atau Rosak
Port charger kat phone tu, hari-hari kita cucuk dan cabut.
Bila dah lama guna, port charger boleh longgar. Bercampur lagi dengan habuk, sisa poket, serpihan tisu, jadi makin teruk.
Tanda-tanda port charger rosak:
- Kena sandar phone baru boleh caj.
- Port rasa “kosong” bila cucuk kabel.
- Kadang-kadang caj masuk, kadang-kadang tak.
Apa anda boleh buat?
Cuba tiup dengan blower atau cungkil guna pencungkil kayu secara berhati-hati.
Kalau masih tak jadi, bawa ke technician. Kemungkin besar port tu dah haus atau pin tercabut / patah daripada ribbon atau board .

4. Bateri Dah Lemau
Phone anda dah lebih 2–3 tahun? Bateri pun ada jangka hayat dia.
Simptom:
- Caj tak masuk langsung.
- Bateri habis cepat.
- Kadang-kadang naik, kadang-kadang mati sendiri.
- Phone cepat panas masa caj.
Abe sarankan anda cepat-cepat tukar bateri yang original.
Jangan ambik risiko dengan bateri “OEM” harga murah yang tak masuk akal. Risiko untuk kembung atau meletup. Tambah masalah lain pula.

5. Power IC / Charging IC Rosak
Ini tahap paling kritikal. Biasanya akan terjadi selepas phone kena air, overheat, atau short circuit semasa caj.
Petanda:
- Bila caj, bateri tetap pada % yang sama, bila cabut kabel, peratusan bateri menurun.
- Dah tukar kabel, kepala charger, bateri, port charger, bateri tetap tak naik-naik.
Kalau dah sampai tahap ni, tak boleh buat sendiri dah. Kena hantar kat technician yang ada kemahiran dalam repair motherboard.

Kesimpulan: Jangan Terus Panik, Check Satu-Satu
Kalau phone tak masuk caj, jangan terus beli phone baru.
Kadang-kadang masalah kecil je — kabel rosak, port longgar, atau kepala charger kong.
Tapi kalau anda dah cuba semua dan masih tak jadi — Factory Mobile sedia untuk bantu.
Technician kami boleh diagnosis secara percuma, proses baiki ambil masa dalam 15 minit dan ada jaminan lagi.
Kami ada 12 cawangan di seluruh Malaysia, technician kami berpengalaman dan sedia untuk beri servis yang terbaik untuk anda.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI