5 Fungsi Android Yang Ramai Tak Guna Tapi Power!

Ramai pengguna Android tak tahu sebenarnya phone mereka penuh dengan fungsi tersembunyi.

Fungsi-fungsi ni boleh bantu jimat masa, jaga privasi, dan buat kerja harian jadi lebih cepat.

Tapi sayangnya, fungsi Android yang ramai tak guna ni sering diabaikan begitu saja.

Dalam artikel ni, abe nak tunjuk 5 fungsi Android yang ramai tak guna, tapi sebenarnya sangat power kalau tahu manfaatkan!

5 fungsi android yang ramai tak tahu

1. Split Screen – Multitask Macam Pro

Salah satu fungsi Android yang ramai tak guna ialah Split Screen. Dengan fitur ni, anda boleh buka dua apps serentak.

Contoh:

  • YouTube + WhatsApp
  • Google + Notes

Cara: Buka app > tekan Recent Apps > Split screen


2. App Lock Tanpa App Tambahan

Banyak Android phone dah ada App Lock siap built-in, tapi tak ramai yang guna.

Ada sesetengah android mungkin nama yang berbeza, tapi fungsi yang sama.

Contoh kegunaan:

  • Kunci WhatsApp dari orang luar
  • Sorok gambar peribadi

Settings > Apps > App Lock


3. Google Lens – Imbas, Terjemah & Cari Info

Satu lagi fungsi Android yang ramai tak guna ialah Google Lens. Ianya seperti AI dalam kamera. Anda boleh:

  • Scan tulisan & terus terjemah
  • Ambil gambar produk & cari info
  • Kenal pasti haiwan, bunga, tempat menarik

Akses melalui app Google atau kamera (model tertentu)


4. Notification History – Tengok Semula Mesej Terpadam

Tak sengaja swipe notifikasi penting? Jangan risau. Fungsi Notification History simpan semua mesej & notifikasi dalam satu tempat.

Settings > Notifications > Notification History > ON


5. One-Handed Mode – Kawal Phone Gergasi Guna Satu Tangan

Phone makin besar, tangan kita tetap sama.

Fungsi One-Handed Mode ni dah lama, tapi masih ada yang belum tahu fungsi ni ada pada smartphone android.

One-Handed Mode kecilkan skrin supaya jari boleh capai semua bahagian atau sesetengah android menggunakan gesture untuk One Handed mode.

Settings > Accessibility & convenience > One-handed mode > Turn On


Bonus: Focus Mode

Nak fokus kerja tanpa gangguan?

Focus Mode membolehkan anda tetapkan jadual untuk block apps yang buat anda hilang fokus macam IG, TikTok, FB.

Contoh: Waktu kerja pukul 9 pagi – 5 petang app-app yang “lagha” akan di blok sekejap.

Settings > Digital Wellbeing > Focus Mode


Kesimpulan

Fungsi Android yang ramai tak guna ni sebenarnya boleh bantu anda:

  • Urus masa lebih baik
  • Jaga privasi peribadi
  • Tingkatkan produktiviti

Sekarang anda dah tahu 5 fungsi Android yang ramai tak guna. Jangan jadi pengguna biasa-biasa. Upgrade cara guna phone anda!

Tag geng Android anda. Mungkin dia tak tahu phone dia boleh buat semua ni!


Nak cari smartphone android yang terkini dan kena dengan bajet? Boleh datang ke cawangan kami.

Smartphone advisor kami sedia untuk berikan cadangan, siap dengan demo set lagi untuk anda cuba sendiri sebelum beli.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment