Baru-baru ni Xiaomi sahaja lancarkan tablet terbaru mereka, iaitu Xiaomi Pad 7 Pro.
Satu tablet yang dijangka memberi saingan kepada iPad dan tablet Android lain.
Dengan skrin besar, sokongan stylus, dan spesifikasi berkuasa, adakah ia sesuai untuk digital artist?
Mari kita lihat sejauh mana tablet ini mampu memenuhi keperluan seorang digital artis!

First Impression Abe
Mula-mula abe pegang tablet ni, memang terasa ringan dan selesa di tangan.
Kalau dibandingkan, ia lebih ringan daripada iPad 9th Gen, tetapi sedikit berat daripada iPad 10th Gen.
Akan tetapi, berat tambahan tu tak terasa sangat sebab binaan yang premium dan pengagihan berat yang seimbang buatkan tablet ni selesa digunakan dalam jangka masa panjang – penting untuk artis yang suka guna tablet atas lengan dalam tempoh lama.
Spesifikasi Utama
Spesifikasi | Xiaomi Pad 7 Pro |
Dimensi | 251.22 x 173.42 x 6.18mm, 500g |
Skrin | 11.2″ LCD, 3.2K (3200 x 2136), 144Hz |
Cipset | Snapdragon 8s Gen 3 |
RAM & Storan | 8GB+256GB |
Bateri | 8850mAh, 67W fast charging |
Kamera | 50MP (belakang), 32MP (depan) |
OS & Perisian | Xiaomi HyperOS 2 |
Lain-lain | Stylus & keyboard support, quad speaker Dolby Atmos, USB 3.2 Gen 1 |
Pengalaman Melukis dengan Xiaomi Focus Pen

Apa yang best, Xiaomi Pad 7 Pro dah sediakan dengan Xiaomi Focus Pen secara percuma di dalam kotak! Stylus ini menawarkan:
4096 tahap tekanan – Memberikan kawalan lebih halus untuk sketching dan shading.
Low latency – Yang ni sangat penting bagi artis digital. Pengalaman melukis rasa lebih natural, hampir seperti melukis atas kertas.
Tilt & palm rejection – Palm rejection sangat-sangat penting, tak perlu pakai sarung tangan untuk melukis.
Fungsi tilt juga membantu untuk dapatkan stroke tebal atau kecil, dan juga memudahkan untuk efek shading.
Ini menjadikannya alternatif menarik kepada Apple Pencil dan S Pen.
Namun, bezanya ialah Xiaomi Focus Pen perlu dicas berbanding stylus seperti S Pen. Dan ia juga tidak mempunyai pen pressure seperti Apple Pencil.
Skrin: Cukup Bagus untuk Digital Artist?

Skrin 11.2 inci dengan resolusi 3.2K memberikan ketajaman yang baik untuk lukisan digital. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
144Hz refresh rate – Pergerakan stylus terasa lancar, sesuai untuk melukis tanpa lag.
Skrin LCD, bukan OLED – Walaupun LCD, warna masih terang, tetapi tidak sehidup skrin OLED.
Untuk artis yang bergantung pada warna yang tepat, ini mungkin sedikit kekurangan.
Saiz luas – Ruang kanvas yang besar memudahkan kerja ilustrasi, terutama bagi mereka yang buat komik atau konsep seni yang lebih detail.
Aplikasi yang Sesuai untuk Digital Artist
Sebagai tablet Android, Xiaomi Pad 7 Pro menyokong banyak aplikasi seni digital popular seperti:
Clip Studio Paint – Aplikasi pilihan ramai profesional, lengkap dengan sokongan lapisan dan berus berkualiti tinggi. Nak buat komik memang best!
Krita – Percuma dan powerful, sesuai untuk mereka yang suka open-source.
ibisPaint X – Ringan,mudah dan percuma (ada in ads purchase), popular di kalangan pelukis mobile. Bagi pemula, aplikasi ini sangat baik.
Walaupun begitu, Xiaomi HyperOS masih belum dioptimumkan sepenuhnya untuk sesetengah aplikasi seni, jadi mungkin perlu sedikit penyesuaian dari segi UI.
Prestasi & Multitasking

Dikuasakan dengan Snapdragon 8s Gen 3, nak guna aplikasi yang berat atau gaming memang tak ada masalah.
Dengan RAM hingga 12GB, multitasking pun rasa lebih lancar – boleh buka Photoshop, gambar rujukan, dan video tutorial serentak.
Xiaomi HyperOS juga menyokong floating windows, jadi boleh sketch sambil tengok rujukan dalam satu skrin.
Namun, kekurangan paling ketara ialah tiada slot microSD, jadi anda terpaksa bergantung kepada storan dalaman atau cloud storage untuk menyimpan fail anda yang banyak.
Bateri & Ketahanan untuk Sesi Melukis
Bateri 8850mAh memang sangat besar. Anda boleh bekerja tanpa perlu kerap mengecas.
Untuk sesi melukis yang panjang, tablet ini boleh bertahan sehingga 8-10 jam penggunaan berterusan.
Dan kalau bateri hampir habis, pengecasan pantas 67W boleh mengecas dari 0-100% dalam kurang 40 minit – sangat memudahkan!
Kelebihan & Kekurangan untuk Digital Artist
Kelebihan
✔️ Stylus percuma dengan tahap tekanan tinggi dan low latency
✔️ Skrin besar dengan 144Hz untuk pengalaman melukis yang lancar
✔️ Prestasi yang hebat dengan Snapdragon 8s Gen 3
✔️ Bateri boleh tahan lama untuk sesi melukis panjang
✔️ Fast charging 67W – sekejap je dah caj penuh
Kekurangan
❌ Skrin LCD, bukan OLED – kurang sesuai untuk artis yang perlukan warna ultra-tepat
❌ Tiada slot microSD – storan mungkin terhad untuk fail yang banyak
❌ Xiaomi HyperOS kurang optimasi untuk sesetengah aplikasi buat masa ni, mungkin akan ada kemaskini nanti.
Kesimpulan – Berbaloi untuk Digital Artist?
Kalau anda seorang digital artist yang mahukan tablet dengan stylus berkualiti tanpa koyak poket, Xiaomi Pad 7 Pro adalah pilihan berbaloi dalam kelasnya.
Dengan Focus Pen percuma, bateri tahan lama, dan skrin besar, ia sangat sesuai untuk illustrator, pelukis komik, dan pereka grafik.
Tapi kalau anda perlukan warna yang ultra-tepat atau ekosistem aplikasi yang lebih matang, mungkin iPad atau Samsung Galaxy Tab lebih sesuai.

Apa pendapat anda? Adakah ini tablet terbaik untuk digital artist? Tinggalkan komen di bawah! 👇
Kalau anda masih ragu-ragu, jom datang ke cawangan kami!
Sales Advisor kami sedia membantu anda, lengkap dengan demo supaya anda boleh lihat sendiri kehebatannya sebelum buat keputusan.


Sekarang ada PROMOSI HARI RAYA bermula 20 Mac hingga 30 Mac ni.
Diskaun harga sehingga 50% untuk aksesori seperti tinted, kabel, powerbank dan lain-lain.
Bukan itu saja, diskaun sehingga 50% juga untuk tukar bateri iPhone ataupun Android.
Paling best, promo kali ni ada potongan harga sehingga 50% untuk smartphone!
Tak lama dah promo nak habis, terus klik link dibawah untuk membeli.
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- Xiaomi 15 Ultra: Phone untuk Fotografer & Videografer
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI