5 Smartphone Kamera Cantik Dan Murah Bawah RM1500 (2024)

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca blog Factory Mobile. Abe tengok, saban hari pengeluar-pengeluar smartphone berlumba-berlumba untuk keluarkan smartphone murah yang mampu ambil gambar paling cantik dan terbaik. Boleh kata kamera smartphone yang menghasilkan gambar cantik sudah menjadi satu poin penting untuk diambil kira sebelum pengguna membelinya.

Apa yang abe tahu, ramai orang nak ambil gambar-gambar yang cantik untuk kenangan dan biasanya akan dimuatnaik ke akaun sosial media masing-masing. Sudah menjadi satu lumrah manusia pada waktu kini yang mana kita suka berkongsi momen-momen gembira kita dengan orang lain.

Nak muatnaik gambar-gambar yang cantik mestilah perlukan kamera yang terbaik bukan? Ada beberapa kriteria sebuah kamera yang perlu diambil berat seperti jumlah megapiksel, sensor, prestasi pada waktu kurang cahaya dan lain-lain. Biasanya harga sebuah smartphone yang mempunyai kamera yang terbaik ni lebih RM3,000.

Tapi jangan risau! Hari ni abe nak kongsikan 5 smartphone murah dengan kamera cantik dan terbaik, harga bawah RM1,500, yang mana sudah hampir setaraf dengan smartphone kelas atas. Aaa marihh!

1. Realme 12+

Realme 12+ ni baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac 2024, masih panas dari dapur lagi smartphone ni. Dengan harga RM1,499 Realme 12+ ni menggunakan SONY LYT 600 dengan 50 megapiksel kamera utama. Siap dengan OIS (Optical Image Stabilization) dan PDAF (Phase Detection Auto Focus) lagi. Maksudnya kalau nak ambil gambar awek, hati tengah berdegup kencang, tangan terketar-ketar nak ambil gambar pun tak ada masalah. OIS ni akan membantu untuk stabilkan gambar yang diambil supaya nampak sharp dan profesional. PDAF pula memungkinkan kamera untuk fokus pada subjek dengan cepat. Ini sangat berguna dalam situasi seperti acara marathon atau saat mengambil foto objek yang bergerak cepat. 

Bukan setakat itu sahaja, kamera Realme 12+ ni juga dapat mengambil gambar dengan baik pada keadaan cahaya terang. Warnanya juga seimbang, tidak terlalu gelap atau cerah, dan ‘dynamic range’ juga sangat bagus. Mod portret juga agak baik dengan memisahkan subjek dengan latar belakang, dan ada efek bokeh yang bagi abe, sedap mata memandang. Tambahan pula, Realme 12+ ini ada mod ‘ultra wide’. 

Cuma ada sedikit kekurangan pada waktu keadaan cahaya malap, dimana gambar yang dihasilkan akan ada sedikit noise dan akan menyebabkan subjek nampak kurang ‘sharp’.  

Bagi penggemar selfie, Realme 12+ menawarkan 16 megapiksel kamera depan. Kualiti gambar kamera depan boleh dikatakan agak baik dengan masih mengekalkan ‘detail’ subjek dan warna kulit juga nampak semula jadi. 

Untuk video pula, Realme 12+ ni mampu merakam video bersaiz 4K dengan 30fps dan 1080p dengan 60fps. Ia juga dilengkapi dengan EIS (Electronic Image Stabilization) yang mana membantu stabilkan rakaman video dengan baik. Kalau ada anjing kejar masa tengah rekod video pun, rakaman video masih lagi lancar. 

Pro :      

  • Kamera utama menggunakan SONY LYT 600 bersaiz 50 megapiksel 
  • Dilengkapi dengan OIS (Optical Image Stabilization) dan PDAF (Phase Detection Auto Focus) 
  • Warna dihasilkan seimbang 
  • Dynamic range yang baik 
  • Mod potret dengan efek bokeh yang cantik 
  • Mempunyai EIS (Electronic Image Stabilization) 
  • Boleh merekod video 4K 
  • Ada mod ultrawide

Cons :

  • Gambar mempunyai Noise bila dalam keadaan gelap

2. Redmi Note 13 Pro 5G

Jenama Redmi ni dah lama bertapak di Malaysia. Ia adalah dari jenama Xiaomi cuma untuk kelas bawah dan pertengahan. Walaupun dikategorikan kelas bawah dan pertengahan, prestasi smartphone ni bukan calang-calang tau. Nak ambil gambar yang cantik memang tak ada masalah. Harga pun murah. Bagi Abe yang berkategori B40 ni memang sesuai sangat pakai smartphone jenama Redmi ni. 

Redmi Note 13 Pro 5G ni pun baru sahaja dilancarkan pada bulan Januari 2024 yang lepas. Harga yang Redmi tawarkan adalah berjumlah RM1,399 sahaja. Dan menariknya kamera utama Redmi Note 13 Pro 5G ni adalah 200 megapiksel. 

Gambar yang dihasilkan pada waktu terang amat memberangsangkan, dengan ‘detail’ yang cukup baik, kontras yang tinggi, ‘noise’ boleh dikatakan hampir tak ada langsung. Gambar yang dihasilkan nampak lebih “timbul”. ‘Dynamic range’ juga sangat baik tapi tidak terlalu melampau, bak kata orang secukup rasa. 

Walaupun Redmi Note 13 Pro ni tak ada ‘depth sensor’, gambar portret yang dihasilkan sangat menakjubkan. Subjek dipisahkan dengan latar belakang dengan baik, dan latar belakang dikaburkan dengan sangat baik. Memang lawa untuk di jadikan gambar ‘profile’ di media sosial. 

Fungsi ‘ultrawide’ juga sangat baik, yang mana ‘detail’ halus masih jelas nampak, dan ‘noise’ yang sangat sedikit. Warnanya juga nampak lebih semula jadi dan tidak artifisial seperti kamera utama. 

Dalam keadaan cahaya malap, Redmi Note 13 Pro mampu mengambil gambar dengan baik. ‘Noise’ yang kurang, ‘detail’ yang jelas nampak walaupun dalam keaadan malap, dan ‘dynamic range’ yang bagus walaupun pada waktu malam. Fungsi ‘night mode’ mampu untuk terangkan sedikit gambar yang dihasilkan, akan tetapi perbezaannya hanya sedikit. Bagi abe, baik gunakan mod auto sahaja ketika dalam keadaan yang gelap.

Kamera hadapan Redmi Note 13 Pro ni adalah 16 megapiksel, dan gambar yang dihasilkan adalah pada tahap yang memuaskan. Warna yang dihasilkan agak baik, akan tetapi ‘dynamic range’ agak rendah. Menyebabkan subjek dan latar belakang tidak dapat dibezakan jarak. Nasihat abe, gunakan fungsi HDR untuk menambahkan lagi ‘dynamic range’.

Bagi rakaman video pula, Redmi Note 13 Pro mampu merakam video resolusi 4K dalam 30fps, dan 1080p dalam 60fps. Ia juga dilengkapi dengan fungsi ‘EIS’ tapi hanya untuk 1080p dalam 30fps kebawah sahaja. Video yang dihasilkan agak memuaskan, dengan ‘noise’ yang sedikit dan ‘dynamic range’ yang bagus.

Pro :

  • RM1,399 
  • Kamera utama bersaiz 200 megapiksel 
  • Noise kurang ketika cahaya malap 
  • Dynamic range yang baik 
  • Mempunyai EIS (Electronic Image Stabilization) 
  • Boleh merekod video 4K

Cons :

  • Dynamic Range kamera depan agak rendah

3. Samsung Galaxy A25

Siapa tak kenal jenama Samsung kan? Kalau dulu orang selalu bandingkan Samsung dengan Apple Iphone. Boleh dikatakan Samsung ni abang otai dalam smartphone. Tapi harga Samsung pun boleh tahan mahal juga, cuma ada model-model Samsung yang dibuat murah untuk golongan pertengahan, antaranya Samsung Galaxy A25 ini.

Samsung Galaxy A25 hanya berjumlah RM999 harga yang paling rendah dalam artikel ini. Kamera yang didatangkan bersama Galaxy A25 ni adalah 50 megapiksel untuk kamera utamanya.

Kamera utama Samsung Galaxy A25 menawarkan 50MP dengan OIS, disertai oleh kamera makro 2MP di belakang. Kamera hadapan mempunyai 13MP dengan fokus tetap. Peningkatan signifikan di sini adalah kamera ultrawide 8MP beresolusi lebih tinggi di belakang. Kamera utama menyimpan gambar dalam 12.5MP secara default. Dalam mod Samsung yang tipikal, warna dalam gambar memiliki sedikit “pop” tambahan kepada mereka. Walau bagaimanapun, gambar tidak kelihatan terlalu ‘edited’ atau terlalu tajam. Tapi, jika lihat dengan lebih dekat pada gambar, ‘detail’ nampak sedikit kabur.

Walaupun tanpa ‘depth sensor’ yang khusus, kamera utama menangkap gambar potret yang cukup baik. Subjek kelihatan jelas tanpa menjejaskan warna sebenar objek. Pengesanan dan pemisahan subjek sangat tepat, dan kualiti ‘bokeh’ latar belakang sangat baik. Galaxy A25 juga boleh menangkap gambar zoom 2x dengan kamera utamanya.

Kamera ultrawide 8MP yang baru menawarkan peningkatan yang bagus. Kontras dan ‘dynamic range’ adalah baik. Detail pada gambar boleh dikatakan sedikit pudar dan ‘over-sharpened’. Kamera utama pada Galaxy A25 mengambil gambar yang baik dalam cahaya malap, tapi hasilnya tidak terlalu memuaskan. Walaupun terdapat ‘details’ pada gambar, kebanyakan permukaan kelihatan kurang jelas dan ada ‘noise’. 

Satu tambahan baru ke Galaxy A25 adalah mod SuperSteady, yang tersedia ketika merakam video. Hasil video yang dirakam akan nampak jelas dan keseimbangan warna adalah memuaskan.

Pros :

  • Display menyediakan pandangan sudut yang luas. 
  • Kamera utama 50MP
  • 8MP camera ultrawide
  • 2MP kamera macro. 
  • Kamera utama mempunyai OIS
  • Mod SuperSteady untuk rakaman video.

Cons :

  • Gambar kurang “sharp”

4. Xiaomi Mi 12 Lite

Kalau tadi abe ceritakan pasal Redmi, kali ni nak cerita si “ayah” Redmi, iaitu Xiaomi Mi 12 Lite. Xiaomi Mi 12 Lite mula dijual di Malaysia pada tahun 2022 dan kini harganya berjumlah RM1,699, sedikit mahal untuk list ini. Walaupun smartphone ini dikeluarkan pada tahun 2022, keupayaan kameranya masih cantik dan relevan untuk digunakan pada tahun ini.

Xiaomi 12 Lite menawarkan yang terbaik untuk smartphone dalam kelas pertengahan premium ini. Konfigurasi kamera di belakang adalah 108+8+2 Megapixel dan di hadapan pula adalah 32 Megapixel. Sedikit mengecewakan kerana tiada OIS, tetapi apa yang ditawarkannya ini cukup baik.

Feature terbaru yang ada pada smartphone ini adalah sistem Xiaomi Selfie Glow yang menggunakan sistem dwi-LED flash untuk memberi cahaya tambahan untuk selfie. Sistem MIUI juga kini memberikan hasil yang lebih realistik. Pada kamera utama, sensor 108MP yang digunakan cukup hebat walaupun tiada OIS.

Xiaomi Mi 12 Lite ini mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tanpa sebarang masalah. Warna yang cukup terang, ’detail’ terpelihara, serta kesan bokeh yang baik walaupun tidak menggunakan mod potret. 

Kemampuan fokus juga adalah baik tanpa ada masalah ketika menggunakan kamera. Untuk mod ultrawide, ia biasa sahaja dan makro pula tidak mempunyai hasil yang memuaskan. Akan tetapi, mod nightmode nampak lebih menarik, terang dan kurang noise. Memang cantik untuk dikongsi ke media sosial.

Pros :

  • Kamera utama 108MP ISOCELL HM2 sensor. 
  • Kamera hadapan 32MP sensor dengan kebolehan autofocus.
  • Sistem Selfie Glow

Cons:

  • Kamera Makro 2MP. 
  • Kamera ‘Ultrawide’ yang kurang jelas

5. VIVO Y78

Akhir sekali dalam senarai ni, abe nak rekomen smartphone VIVO Y78. Dengan tanda harga RM1,299, VIVO Y78  dilengkapi dengan susunan tiga kamera belakang dengan kamera utama 64MP dan dua kamera 2MP yang ada bersama kamera utama untuk fotografi potret dan makro. Kamera Vivo Y78 ini juga dilengkapi dengan OIS, jadi takkan risau kalau gambar bergegar, insyaAllah cantik. Kamera hadapan menawarkan ‘wide lens’ 8MP yang menghasilkan gambar selfie berkualiti bagus dengan detail yang jelas dan tona warna yang cantik.  

Dalam cahaya malap pula, kamera utama pada Vivo Y78 agak memuaskan, tapi detail pada gambar kelihatan agak kurang jelas dan ada ‘noise’. Kalau dalam mod potret pula, subjek kelihatan jelas dengan tona warna yang cantik. Pengesanan dan pemisahan subjek cukup tepat, dan kualiti bokeh latar belakang juga memuaskan. Walaupun Vivo Y78 takde kamera telefoto khusus, ia masih boleh ambil gambar zoom 2x dengan kamera utamanya.

Dari segi rakaman video pula, Vivo Y78 mampu merakam video dengan baik. Dengan kehadiran mod SuperSteady, video dihasilkan nampak lancar dan stabil. 

Prestasi kamera Vivo Y78 bergantung kepada cahaya. Tapi, kelajuan shutter yang ada pada Vivo Y78 lebih perlahan dalam cahaya malap. Jadi kalau nak ambik gambar objek bergerak dalam keadaan gelap, abe sarankan anda guna tripod. 

Pros :

  • Kamera utama 64MP. 
  • Mempunyai kamera Bokeh and Super Macro 2MP  
  • 16MP untuk kamera hadapan  
  • Optical Image Stabilization (OIS)

Cons :

  • Shutter perlahan dalam cahaya malap  
  • Prestasi kamera tambahan yang terhad

Ha, macam mana guys? Abe dah senaraikan 5 smartphone murah gambar cantik dan terbaik bawah RM1,500 untuk anda buat perbandingan sendiri. Link pembelian pun abe dah sediakan. Abe harap penulisan abe ni membantu anda semua untuk membeli smartphone yang bersesuaian dengan kehendak anda sendiri. Sampai sini sahaja perkongsian abe, kita jumpa lagi di dalam penulisan yang lain pula. Assalamualaikum.

Leave a Comment