Punca Bateri Smartphone Kembung & Cara Elak Sebelum Terlambat!

Pernah tak tengok bateri telefon tiba-tiba jadi kembung? Kalau ya, jangan ambil mudah!

Bateri smartphone kembung bukan sekadar tanda bateri dah rosak, tapi juga boleh membahayakan telefon kalau tak diganti segera.

Jom abe kongsikan punca utama kenapa bateri smartphone boleh mengembang, cara elak, dan apa yang perlu dibuat kalau bateri dah kembung!

punca bateri smartphone kembung

1. Overcharging – Cas Sampai Penuh, Sampai Rosak

Antara sebab utama bateri smartphone kembung ialah terlebih cas.

Ramai yang suka cas semalaman, abe dulu pun macam ni, tapi tak tahu tabiat ni boleh buat bateri jadi panas dan lama-lama menyebabkan ia mengembang.

Jadi abe cadangkan jangan biarkan telefon dicas terlalu lama, terutamanya waktu tidur.

Gunakan pengecas atau kabel yang ada sistem auto cut-off untuk elak overcharging seperti jenama McDodo atau Moxom.

Kabel yang ada sistem auto cut-off akan hentikan aliran elektrik daripada terus masuk ke bateri smartphone bila sudah caj penuh.


2. Guna Charger Murah & Kabel Tak Ori

Penggunaan charger dan kabel murah boleh menyebabkan aliran elektrik tak stabil.

Ini boleh merosakkan bateri smartphone dan buat ia lebih cepat kembung.

Abe dulu pakai je charger apa yang abe jumpa, tapi menyesal sebab bateri jadi kembung.

Yang sepatutnya adalah, guna charger original atau yang diperakui seperti MFI (untuk iPhone) atau PD/Quick Charge (untuk Android) untuk pastikan cas lebih selamat.


3. Suhu Terlalu Panas – ‘Bakar’ Bateri Sendiri

Bateri smartphone sangat sensitif terhadap haba.

Kalau selalu guna telefon sambil cas, atau biarkan telefon terdedah kepada suhu tinggi seperti dalam kereta, bateri boleh rosak dan mula mengembang.

Abe dulu suka guna tempat letak smartphone atas dashboard kereta, tak lama lepas tu smartphone jadi panas dan bateri pun kembung.

Dulu abe suka guna jeni macam ni, tapi dengan cuaca Malaysia yang panas lit-lit ni, baik elakkan.

Dan juga elakkan guna telefon dalam suhu tinggi, terutamanya waktu main game berat atau streaming lama sangat.

Kalau telefon dah rasa panas, rehatkan dulu. Bagi dia cooldown dulu.


4. Jangka Hayat Bateri Dah Habis

Setiap bateri smartphone ada tempoh hayat, biasanya 300-500 kitaran cas penuh bergantung pada model.

Kalau dah lebih 2-3 tahun, bateri akan mula lemah dan ada risiko untuk kembung.

Abe cadangkan kalau bateri cepat habis atau telefon panas tanpa sebab, cepat-cepat tukar bateri baru.

Nak tukar kat mana? Boleh tukar kat seluruh cawangan Factory Mobile. Technician kami sedia membantu.


5. Bateri smartphone dibiarkan kosong

Kadang-kadang bila kita dah beli smartphone baru, smartphone yang lama kita biarkan di dalam laci meja.

Bateri smartphone yang dibiarkan kosong terlalu lama boleh masuk dalam keadaan “deep discharge,” menyebabkan ia gagal dicas semula atau jadi kembung.

Ini boleh merosakkan bateri dan berisiko membocorkan cecair elektrolit yang berbahaya.

Untuk elakkan masalah ini, pastikan bateri disimpan dengan cas sekitar 40%-60%, dicaj sekurang-kurangnya sebulan sekali, dan diletakkan di tempat yang kering serta bersuhu bilik.

Jika dibiarkan terlalu lama tanpa penjagaan, smartphone lama anda mungkin langsung tak boleh digunakan lagi!


6. Kualiti Bateri Tak Bagus (Aftermarket Murah)

Ada yang beli bateri smartphone aftermarket sebab murah, tapi tak tahu risiko dia.

Bateri tiruan biasanya tak ada kawalan keselamatan, boleh cepat rosak dan mengembang.

Kalau nak tukar bateri, pastikan beli bateri original atau OEM berkualiti. Pergi kedai yang boleh dipercayai, jangan ambil risiko dengan bateri cap ayam.

Dan jangan mudah percaya dengan bateri-bateri di Shopee yang ‘claim’ original tapi harga sangat-sangat murah.

Di Factory Mobile, kami berikan jaminan dan bateri-bateri kami semua berkualiti tinggi.

Kalau ada masalah dengan bateri tersebut, kami ganti baru jika masih dalam waranti.

@factorymobile

Korang nak tak diskaun 50% untuk repair? Tengok video ni sampai habis #FACTORYMOBILE #factorymobilerepair #fyp #fypツ

♬ original sound – Factory Mobile – Factory Mobile

Jadi, apa perlu buat kalau bateri dah kembung?

Kalau bateri smartphone dah memang kembung, jangan buat benda ni:

Jangan tekan atau cucuk bateri!
Jangan cas atau guna telefon tu lagi!
Jangan buang dalam tong sampah biasa!

Sebaiknya anda lakukan:

Matikan telefon segera.
Bawa ke kedai servis untuk tukar bateri baru.
Hantar bateri lama ke pusat kitar semula.


Kesimpulan

Kalau nampak tanda-tanda bateri smartphone kembung, jangan tunggu sampai meletup!

Jaga bateri elok-elok, elakkan cas berlebihan, guna aksesori berkualiti, dan tukar bateri bila perlu.

Kalu anda ada masalah bateri smartphone kembung? Singgah ke kedai kami untuk tukar bateri original dengan harga berbaloi.

Sekarang ada PROMOSI HARI RAYA bermula 20 Mac hingga 30 Mac ni.

Diskaun harga sehingga 50% untuk aksesori seperti tinted, kabel, powerbank dan lain-lain.

Bukan itu saja, diskaun sehingga 50% juga untuk tukar bateri iPhone ataupun Android.

Tunggu apa lagi? Jangan sampai telefon ‘meletup’ baru nak datang!


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment