LCD vs OLED vs AMOLED: Skrin Mana Yang Terbaik?

Setiap kali nak beli smartphone, antara benda pertama yang kita tengok mestilah skrinnya, kan? Skrin yang bagus bukan je buat gambar dan video nampak cantik, tapi jugak bagi pengalaman guna phone yang lebih memuaskan. Tapi, tahukah anda yang setiap jenis skrin tu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri? Jom kita kenali jenis-jenis skrin yang ada sekarang ni, supaya lepas ni tak silap pilih!

Apa Pentingnya Pilihan Skrin?
Memang tak dinafikan, skrin adalah ‘wajah’ smartphone kita. Ia yang paling banyak kita tengok dan guna. Jadi, kalau kita pilih skrin yang betul, bukan gambar je nampak sharp, tapi mata kita pun tak cepat letih. Setiap jenis skrin ada ciri-ciri tersendiri yang boleh mempengaruhi kualiti paparan, ketahanan bateri, dan keselesaan untuk guna jangka masa panjang.

Jenis-Jenis Skrin Smartphone Yang Popular

  • LCD (Liquid Crystal Display)
    Skrin LCD ni biasa kita jumpa kat phone mid-range atau budget. Ia guna cahaya latar untuk paparkan gambar, jadi walaupun tak dapat warna hitam yang betul-betul gelap, harganya lebih murah dan cukup tahan lama.

Kredit gambar: Ornatepixel

  • OLED (Organic Light-Emitting Diode)
    Kalau anda suka warna yang betul-betul vibrant dan kontras yang tinggi, OLED memang pilihan terbaik. Setiap piksel di skrin ni menyala secara individu, jadi bila gambar ada warna hitam, piksel tersebut akan tutup, bagi hasil hitam yang lebih pekat dan jimat tenaga.

Kredit gambar: Xiaomiui.net

  • AMOLED (Active Matrix OLED)
    AMOLED ni lebih advance dari OLED. Skrin ni lebih responsif, lebih cerah, dan jimat tenaga. Tak hairanlah kebanyakan phone premium guna AMOLED sebab kualiti gambar dia memang padu!

Kredit gambar: American Optronic

  • Super AMOLED
    Teknologi dari Samsung ni lebih nipis sebab layer touch screen dia terus diletak dalam skrin. Hasilnya, skrin Super AMOLED lebih cerah, lebih responsif, dan lebih mudah nampak di bawah cahaya matahari.

Kredit gambar: iFull.my

  • Dynamic AMOLED
    Skrin Dynamic AMOLED pula bawa kualiti paparan ke level seterusnya dengan sokongan HDR10+ dan teknologi Eye Comfort. Warna lebih kaya, dan lebih mesra mata sebab mengurangkan pancaran cahaya biru yang boleh buat mata cepat penat.

Kelebihan & Kekurangan Jenis Skrin:

Jenis SkrinKelebihanKekurangan
LCDHarga lebih murah, sesuai untuk phone bajetKontras dan warna kurang jelas berbanding OLED
OLEDWarna lebih pekat, jimat bateriHarga mahal, risiko ‘burn-in’ pada jangka panjang
AMOLEDRespons lebih pantas, paparan cerahHarga lebih mahal daripada LCD
Super AMOLEDNipis, jelas di bawah cahaya matahariMasih mahal, risiko ‘burn-in’ boleh berlaku
Dynamic AMOLEDWarna vivid, sokongan HDR10+, mesra mataHarga lebih tinggi
Contoh Screen Burn / Kredit Gambar: MacRumors Forums

Mana Satu Pilihan Anda?

Setiap jenis skrin ada keistimewaannya yang tersendiri. Kalau anda mahukan telefon yang mampu milik dengan paparan yang cukup jelas, LCD mungkin dah memadai. Tapi kalau anda seorang yang mementingkan kualiti warna dan visual, OLED atau AMOLED adalah pilihan yang lebih sesuai, walaupun harganya lebih mahal. Manakala bagi mereka yang selalu guna telefon di luar rumah atau nak jaga mata dari pancaran skrin terlalu lama, Dynamic AMOLED adalah pilihan terbaik.


Sekarang, anda dah tahu serba sedikit tentang jenis-jenis skrin yang ada di pasaran. Pilihan terbaik bergantung pada bajet dan keperluan penggunaan anda. Sama ada anda nak skrin yang cerah, jimat bateri, atau mesra mata, pilihlah yang sesuai dengan gaya hidup anda!

1 thought on “LCD vs OLED vs AMOLED: Skrin Mana Yang Terbaik?”

Leave a Comment