Infinix akhirnya tampil dengan model telefon lipat pertama mereka, Infinix Zero Flip, yang kini boleh dimiliki pada harga RM2999.
Untuk sebuah telefon lipat, harga ini boleh dikatakan lebih berpatutan berbanding jenama-jenama lain yang harganya melambung tinggi.
Dengan skrin AMOLED 6.9 inci yang boleh dilipat serta cip MediaTek Dimensity 8020, model ini menawarkan prestasi yang boleh tahan hebat dan tak mengecewakan.
Apa yang Menarik Tentang Infinix Zero Flip?
Kalau korang tengah survey nak beli telefon lipat tapi bajet tak cukup nak sambar jenama premium, Infinix Zero Flip ni memang pilihan yang patut dipertimbangkan.
Jom teruskan baca sebab kita akan ulas secara mendalam kenapa Zero Flip ni boleh jadi salah satu telefon yang ‘underrated’ di pasaran!
Spesifikasi Infinix Zero Flip:
- Skrin Utama: 6.9 inci AMOLED (120Hz)
- Skrin Sekunder: 3.64 inci AMOLED
- Chipset: MediaTek Dimensity 8020
- RAM: 8GB
- Storan: 512GB
- Kamera Belakang: Triple kamera 50MP
- Bateri: 4720mAh, pengecasan pantas 70W
- Warna: Rock Black, Blossom Glow
- Harga: RM2999
Kelebihan dan Kekurangan Infinix Zero Flip
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
– Paparan AMOLED 120Hz yang sangat lancar dan terang. | – Skrin lipat walaupun halus, mungkin sedikit kelihatan untuk pengguna tertentu. |
– ‘Zero gap’ design bila dilipat, tak ada ruang habuk masuk. | – Tiada ciri kalis air (IP rating). |
– Kamera 50MP dengan rakaman video 4K. | – Hanya dua pilihan warna: Rock Black dan Blossom Glow. |
– Pengecasan pantas 70W untuk bateri 4720mAh. | – Tak ada pengecasan tanpa wayar. |
– Hinge yang tahan lasak – diuji hingga 400,000 lipatan! | – Harga sedikit tinggi untuk jenama Infinix, tapi tetap murah berbanding jenama lain. |
Pengalaman Paparan yang Memukau
Skrin utama 6.9 inci ni memang puas tengok, ditambah lagi dengan refresh rate 120Hz yang buatkan semua pergerakan skrin nampak lebih smooth.
Sama ada korang suka scrolling media sosial, main game, atau layan Netflix, semuanya terasa lebih lancar.
Skrin kedua 3.64 inci pula memang praktikal untuk tengok notifikasi tanpa perlu buka telefon—boleh jimat bateri dan mudah nak cek mesej dengan pantas.
Kamera Mantap untuk Rakaman Setanding Profesional
Infinix Zero Flip dilengkapi dengan kamera tiga lensa 50MP, yang sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar atau rakam video.
Menariknya, telefon ni boleh rakam video dalam resolusi 4K! Kalau korang suka bergambar, telefon ni ada beberapa ciri AI yang menarik, termasuk Eraser (untuk padam benda yang tak diingini dalam gambar) dan Portrait Enhancer (untuk gambar potret yang lebih menyerlah).
Bateri dan Pengecasan yang Laju
Bateri 4720mAh pada Infinix Zero Flip ni cukup besar untuk penggunaan seharian tanpa perlu kerap cas.
Ditambah lagi dengan pengecasan pantas 70W, dari 0% ke 100% tak perlu tunggu lama.
Sesuai untuk korang yang sibuk dan tak suka telefon ‘nyawa-nyawa ikan’ sepanjang hari!
Reka Bentuk yang Praktikal dan Kemas
Salah satu highlight Zero Flip ialah ‘zero gap design’ yang membuatkan telefon nampak lebih padat bila dilipat.
Tiada ruang habuk boleh masuk, jadi korang tak perlu risau soal skrin rosak akibat habuk yang terperangkap.
Hinge telefon ni juga sangat tahan lasak, diuji untuk lebih 400,000 kali lipatan! Itu memang sesuatu yang patut diberi pujian.
Kesimpulan
Infinix Zero Flip adalah pilihan yang baik untuk mereka yang nak mencuba telefon lipat tanpa perlu membayar harga premium.
Dengan ciri-ciri menarik seperti skrin 120Hz, kamera 50MP, dan pengecasan pantas 70W, telefon ini menawarkan nilai yang baik pada harga RM2999.
Kalau korang mencari telefon lipat yang praktikal dan tak mahu berbelanja besar, smartphone lipat ini memang patut dipertimbangkan.
Jadi, macam mana? Dah teruja nak cuba? Mungkin Infinix Zero Flip ni adalah telefon lipat yang korang cari selama ni!
Nak Smartphone Kamera Cantik bawah RM1500?
https://factorymobile.com.my/smartphone-kamera-cantik-dan-murah/
MEDIA SOSIAL KAMI