Cara Beli Smartphone Ansuran Kad Kredit

Anda teringin membeli smartphone seperti iPhone 15 Pro dengan membuat pembayaran secara ansuran atau instalment kad kredit? Sama ada kad kredit CIMB, RHB, BIMB, HSBC, BSN, atau Maybank, kini anda boleh membeli secara ansuran kad kredit di mana-mana cawangan Factory Mobile!  

Hai pengunjung Factory Mobile semua! Adakah anda pemilik kad kredit baru dan ingin membuat pembelian handphone pertama anda secara ansuran? Kali ini, jom kita terokai cara-cara membuat pembelian secara instalment kad kredit tersebut di Factory Mobile.

Fahami Ansuran Kad Kredit?

Kad kredit merupakan antara kaedah pembayaran yang membolehkan anda membuat pembelian atau mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu membayar jumlah penuh pada masa yang sama. 

Kebiasaannya, pemegang kad kredit hanyalah dikehendaki membayar jumlah pembelian atau perbelanjaan pada akhir bulan, dengan pilihan untuk membayar jumlah penuh atau dalam pecahan bayaran bulanan untuk tempoh seminimum 6 bulan hingga 36 bulan.

Jika jumlah pembayaran tersebut tidak dijelaskan atau tidak dibayar sepenuhnya pada due date yang ditetapkan, faedah atau denda akan dikenakan pada baki tertunggak tersebut.

Faedah yang dikenakan tersebut adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Akan tetapi, penggunaan kad kredit haruslah digunakan dengan bijak bagi mengelakkan kecuaian dalam pengurusan kewangan yang boleh membawa kepada masalah hutang yang berterusan dan berlebihan.

Cara Apply Kad Kredit

Seterusnya, mari kita lihat secara umum bagaimana cara nak apply atau memohon kad kredit di mana-mana institusi kewangan atau bank.

Langkah 1. Pilih pelan kad kredit

Untuk langkah ini, anda boleh mengunjungi cawangan bank berdekatan atau melayari laman web bank pilihan untuk mendapatkan maklumat mengenai pelan kad kredit yang bersesuaian dengan anda. 

Di situ, anda juga boleh menyemak kelayakan dan keperluan dokumen-dokumen penting yang diminta oleh pihak bank untuk mengeluarkan kad kredit anda.

Langkah 2. Menyediakan dokumen penting

Setelah membuat keputusan, anda perlulah menyediakan dokumen-dokumen penting yang diminta untuk pengesahan pihak bank. Kebiasaannya, pihak bank akan meminta anda untuk mengemukakan kad pengenalan (MyKad), penyata KWSP, penyata pendapatan, penyata akaun simpanan semasa dan sebagainya.

Dokumen tersebut bergantung kepada keperluan pihak bank tertentu masing-masing. Jadi anda perlu menghubungi pihak bank anda untuk pengesahan dan maklumat lebih terperinci.

Sekiranya anda layak untuk ansuran kad kredit, anda akan dapat memilih tempoh ansuran yang sesuai dengan kemampuan kewangan semasa anda.

Tempoh ansuran biasanya bermula dari beberapa bulan hingga beberapa tahun, bergantung kepada terma dan syarat institusi kewangan bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut.


Syarat memohon kad kredit pula bergantung pada terma dan syarat yang telah digariskan khusus oleh pihak bank. Setiap institusi kewangan mempunyai syarat dan kelayakan yang berbeza.

Jadi, anda perlulah mengunjungi pihak bank terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian atau boleh juga menyemak laman web rasmi bank spesifik pilihan kad kredit anda.

Berikut adalah beberapa pautan bank yang anda boleh rujuk untuk membuka dan apply kad kredit.

Syarat Kelayakan Ansuran di Factory Mobile

Bagi menikmati kemudahan pembelian secara ansuran kad kredit, ada beberapa syarat kelayakan yang anda perlu penuhi:

  • Memiliki Kad kredit: Pemohon perlu mempunyai kad kredit yang sah daripada pihak bank untuk layak membuat pembelian secara ansuran.
  • Bukan senarai hitam: Untuk lulus permohonan bayaran ansuran ini, pemohon perlu memastikan namanya tidak disenarai hitamkan oleh pihak bank. Dalam erti kata lain, pemohon wajib bukan blacklisted 

Setakat ini, rata-rata pengunjung Factory Mobile memilih untuk menggunakan MayBank kerana proses transaksi dan khidmat pelanggan yang mesra dan memudahkan pengguna.

Cara Pembelian iPhone Ansuran Kad Kredit

beli smartphone ansuran kad kredit

Berikut adalah cara untuk membeli smartphone ansuran kad kredit di Factory Mobile.

Langkah 1. Semak Kelayakan & Pilih 

Bagi sesetengah institusi kewangan, kelayakan pengguna akan disemak terlebih dahulu sebelum meluluskan pengeluaran kad kredit tersebut. Sebelum membuat pembelian, pastikan anda berhubung dengan institusi kewangan yang mengeluarkan kad kredit anda untuk menyemak status kewangan atau CTOS semasa anda. 

Langkah 2. Kunjungi Kedai dan Pilih

Setelah kelayakan anda diluluskan, anda boleh lah mengunjungi cawangan Factory Mobile berdekatan anda untuk memilih dari pelbagai smartphone yang kami ada. Sebagai contohnya membeli model iPhone 15 Pro yang terkini. 

Pembelian secara ansuran kad kredit hanya dapat dilakukan secara fizikal di cawangan bagi memastikan sama ada transaksi kad kredit anda diterima atau declined.

Berikut adalah pelan ansuran bulanan beserta contoh harga untuk pembelian iPhone 15 Pro:

  • Harga Penuh: RM5,999

Langkah 3. Swipe kad di kaunter pembayaran

Setelah anda membuat pilihan handphone yang ingin dibeli, anda perlu menghulurkan kad anda ke cashier kami. Di situ, kad anda akan dimasukkan ke card reader dan cashier akan memasukkan amaun pembelian pada mesin card reader tersebut.

Langkah 4. Masukkan PIN & Confirm

Pada langkah ini, anda diminta untuk memasukkan nombor PIN kad kredit anda dan menekan butang hijau pada mesin tersebut untuk mengesahkan ‘confirm’ transaksi pembelian. 

Setelah selesai, kad anda akan dipulangkan bersama resit pembelian. Simpan resit dan warranty pembelian dengan selamat supaya anda dapat merujuk pihak kami sekiranya terdapat kerosakan dalam tempoh warranty.

Kini anda telah selesai pembelian iPhone 15 Pro menggunakan ansuran kad kredit. Anda boleh menghubungi pihak bank anda tentang pembayaran pelan ansuran tersebut.

Selepas semua dokumen dan bayaran selesai di kaunter, pembayaran ansuran bulanan akan bermula pada tarikh yang telah ditetapkan. Biasanya, anda akan menerima penyata bulanan yang menunjukkan jumlah ansuran yang perlu dibayar, tarikh pembayaran, dan butiran lain berkaitan ansuran.

Pastikan anda membaca dan memahami terma dan syarat ansuran kad kredit, termasuk kadar faedah dan sebarang caj yang dikenakan. Pastikan juga anda membuat pembayaran ansuran pada masanya untuk mengelakkan sebarang caj lewat atau masalah kewangan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ansuran kad kredit atau memerlukan penjelasan lanjut, kami sarankan anda untuk berbincang dengan perunding kewangan atau wakil institusi kewangan yang memberikan ansuran tersebut.

Tips Ansuran Kad Kredit

Berikut adalah beberapa tip tambahan untuk membuat pembayaran balik ansuran melalui Kad Kredit:

  • Pastikan anda membuat pembelian barangan yang dalam kemampuan kewangan anda agar anda mampu membayar baki ansuran secara full pada tempoh yang ditetapkan dalam pelan kad kredit anda.
  • Tetapkan reminder untuk membuat bayaran balik ansuran bulanan anda tepat pada masanya.
  • Jika anda mempunyai pelan ansuran yang banyak, anda boleh pertimbangkan untuk menggabungkan pembayaran pada hujung bulan menjadi satu untuk memudahkan pengurusan pembayaran anda.
  • Jika anda menghadapi masalah atau kekangan kewangan untuk membuat ansuran bulanan anda, hubungi khidmat pelanggan bank atau customer support untuk membincangkan pilihan seperti menangguh pembayaran baki ke bulan seterusnya.

Kesimpulan

Sekarang, anda sudah tahu bagaimana menggunakan kad kredit anda untuk membuat pembelian fon anda secara ansuran hari ini. Dengan menggunakan kad kredit, method pembayaran ini memberi fleksibeliti untuk anda membahagikan pembelian anda secara ansuran bulanan. 

Selain pembelian phone dengan ansuran kad kredit, Factory Mobile juga menyediakan pelan ansuran lain seperti GrabPay Later dan Shopee Pay Later.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan atau kekeliruan mengenai cara pembayaran di Factory Mobile, anda boleh menghubungi kami atau mengunjungi cawangan Factory Mobile kami yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.

13 thoughts on “Cara Beli Smartphone Ansuran Kad Kredit”

  1. Nk tnya..kalau nk buat pembayaran ansuran credit card..contoh saya ambik ansuran 1 tahun dan bayaran bulanan sebanyak rm350 mcm tu..kalau time date yg ditetapkn untk bayar tu bole ke saya bayar lebih contoh saya bayar bulanan 350 tapi saya nk lebihkn dalam 3-5 bulan mcm tu..bole ke?

    Reply
    • boleh je nak bayar lebih bulan-bulan, tapi kena bayar direct dekat kad kredit lah. kalau buat auto debit dalam akaun dia akan potong jumlah loan bulanan tu

      Reply
  2. Maaf nak tanya kalau beli secara ansuran ni contoh saya ambil 24 bulan untuk monthly installment so nanti dlm bank saya tu dia akan kelaur statement untuk every month berapa RM kena bayar or dia keluarkan lump sum amount?

    Reply
    • buat masa ni kami hentikan dulu service pembayaran menggunakan kredit kad di website kami. tapi encik boleh guna kredit kad di shopee factorymobile.

      Reply
  3. Contoh kalau credit limit credit card rm 5,000 tapi beli barang yg mahal seperti rm 7,000 menggunakan EPP boleh ke? Atau epp hanya layak sampai credit limit 5,000

    Reply
    • tak boleh cik, kena ikut limit credit card tu. tapi kalau cik ada 2.5k spaylater, cik datang kedai kami cik transfer tunai 2.5k dan cik guna 2.5k shopeepaylater pula, yang tu boleh.

      Reply
  4. Kalau beli barang ansuran bulanan dgn harga rm3k menggunakan kad kredit, semasa pembelian dia akan terus tolak rm3k dalam kad kredit tu ke atau nanti dia tolak bulanan rm200 ?

    Reply

Leave a Comment