Adakah anda nak trade-in smartphone lama anda kepada smartphone yang baru? Dan sedang mencari kedai untuk trade in smartphone lama anda?
Kini anda boleh trade-in phone lama anda kepada phone yang terbaru di Kedai Factory Mobile seluruh Malaysia.
Di Factory Mobile, kami menerima pelbagai gajet untuk trade-in seperti telefon atau tablet lama dan anda boleh terus memilih smartphone terbaik pilihan anda. Kami mempunyai pelbagai model-model baru untuk pilihan anda seperti Huawei, Iphone, Honor, Realme, Redmi, Infinix dan banyak lagi.
5 sebab Anda Perlu Trade-in Smartphone Lama di Kedai Factory Mobile
Bagi pembaca kami di Factory Mobile, ada beberapa sebab mengapa menukar telefon lama di kedai adalah pilihan bijak buat anda:
1. Factory Mobile terbesar Pantai Timur:
Factory Mobile kini memiliki 12 cawangan di Pantai Timur termasuk juga di Selangor. Di Factory Mobile, kami menerima trade-in telefon bagi pelbagai model smartphone, termasuk yang rosak ataupun yang telah digunakan.
Dengan trade-in handphone lama anda di Factory Mobile, kami menyediakan alternatif mudah buat anda. Jadi anda tidak perlu bersusah-payah mencari pembeli, berunding harga, dan menguruskan penghantaran untuk melepaskan telefon lama anda itu.
“Pelanggan boleh membawa mana-mana telefon lama mereka! Factory Mobile menerima trade-in bagi mana-mana model fon, termasuk yang rosak.”
2. Nilai trade in lebih tinggi:
Selain itu, apabila anda trade-in telefon lama anda di Factory Mobile, ia mengurangkan kos harga pembelian untuk smartphone baru anda. Dengan pembelian secara trade-in, handphone Android ataupun iPhone baru yang anda inginkan boleh didapati dengan harga yang lebih jimat apabila nilai trade-in telefon lama ditolak daripada harga smartphone baru tersebut.
Jika dibandingkan dengan kedai telefon bimbit lain di kawasan berdekatan, kadar trade-in yang Factory Mobile tawarkan adalah lebih tinggi dan berbaloi. Seperti yang dijelaskan oleh salah seorang kakitangan kami, pelanggan boleh mendapat tawaran yang lebih menguntungkan untuk peranti lama mereka, menjadikan proses trade-in dan upgrade ke telefon baru lebih berbaloi.
“Factory Mobile adalah salah satu kedai retail teknologi terbaik yang menerima trade-in smartphone dengan kadar yang lebih tinggi berbanding kedai telefon bimbit lain di Malaysia. Anda tidak perlu risau, kami boleh menukar handphone lama anda dengan device baru pada nilai terbaik dan berbaloi.“
3. Trade-in melalui pos
Bagi pelanggan yang tidak dapat mengunjungi kedai fizikal, Factory Mobile memberi fleksibiliti untuk mendapatkan anggaran harga melalui pos. Proses ini dijelaskan oleh staf kami secara berikut:
“Biasanya kami galakkan agar pelanggan mengunjungi kedai kami secara fizikal untuk penilaian yang tepat dan untuk mendapatkan quote harga trade-in selepas juruteknik Factory Mobile melakukan pemeriksaan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, jika misalnya, pelanggan tidak dapat mengunjungi kedai kami, maka kami akan menghantar pembelian telefon baru yang diminta terus ke pintu rumah mereka. Sebagai ganti pulak, pelanggan harus pos telefon lama mereka dan mesti menghubungi wakil pihak Factory Mobile untuk memberitahu dengan jelas keadaan dan model phone bagi mendapatkan anggaran kasar trade-in.“
Dalam situasi ini, pelanggan bertanggungjawab untuk menghantar telefon lama mereka melalui pos (kos postage perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan). Bagi memastikan anggaran nilai yang tepat, anda perlu menghubungi cawangan Factory Mobile terdekat melalui WhatsApp dan memberitahu wakil kami tentang keadaan, model, dan jenama telefon atau secara langsung.
4. Pelbagai model smartphone terkini:
Apabila anda trade-in telefon lama dan bertukar ke telefon baru, ianya memberi anda akses kepada ciri-ciri dan teknologi terkini yang ditawarkan di Factory Mobile. Anda tidak lagi perlu tercari-cari pakar technician untuk membaik pulih telefon lama anda jika anda upgrade kepada smartphone yang baru dan up-to-date dengan servis-servis terkini .
Di Factory Mobile, ada pelbagai model telefon terkini seperti iPhone 15 Pro, dan pelbagai model jenama lain seperti Huawei, Infinix, Xiaomi, dan banyak lagi. Apabila anda datang membuat trade-in telefon, ianya mudah untuk membuat pilihan dari pelbagai jenama fon baru sedia ada.
5. Backup & format data percuma:
Di Factory Mobile, proses trade-in di kedai turut memberi jaminan tambahan jika anda ingin membuang data peribadi secara selamat sebelum device handphone lama anda dijual semula atau dikitar semula. Di kedai kami, anda boleh meminta pakar juruteknik kami membuat backup data anda secara percuma sebelum kami menerima trade-in telefon lama anda.
Cara Trade In iPhone di Factory Mobile
Jom kami kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk tradein smartphone lama anda dengan yang baru di kedai kami.
Langkah 1. Kunjungi cawangan Factory Mobile berdekatan:
Anda boleh terus ke mana-mana cawangan Factory Mobile berhampiran anda untuk technician kami membuat proses penilaian telefon tersebut.
- Factory Mobile Kota Bharu
- Factory Mobile Wakaf Siku
- Factory Mobile Tanah Merah
- Factory Mobile Pasir Puteh
- Factory Mobile Pasir Tumboh
- Factory Mobile Pasir Hor
- Factory Mobile AEON Mall Kota Bharu
- Factory Mobile Gua Musang
- Factory Mobile Jerteh
- Factory Mobile Kuala Terengganu
- Factory Mobile Dataran Austin
- Factory Mobile Shah Alam
Langkah 2. Serahkan peranti lama anda:
Pemeriksaan dan Penilaian: Juruteknik Factory Mobile akan memeriksa iphone lama anda dengan teliti untuk menentukan nilai. Selepas penilaian, kami akan memberikan anda anggaran harga berdasarkan keadaan peranti dan nilai pasaran.
Pemulihan Data Percuma: Sebagai perkhidmatan tambahan, anda boleh meminta juruteknik kami untuk membuat backup file data dan folder anda secara percuma.
Ini memastikan data anda diselamatkan dengan selamat sebelum dipadamkan dari telefon lama anda. Malah, ia memberikan keselamatan kepada privasi dan data anda.
Langkah 3. Persetujuan anggaran:
Harga yang Ditetapkan: Factory Mobile kemudiannya memberitahu anda tentang harga yang ditetapkan untuk telefon lama anda. Pada peringkat ini, anda mempunyai pilihan untuk bersetuju atau tidak bersetuju untuk meneruskan dengan pembelian telefon baru: trade-in telefon lama anda dengan yang baru.
Sebaliknya, jika anda tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda boleh meninjau kedai lain untuk alternatif lain.
Langkah 4. Pilih peranti baru anda:
Bimbingan daripada Kakitangan Kedai: Jika anda bersetuju dengan harga yang ditetapkan, anda boleh pilih untuk upgrade kepada phone baru Iphone 15 Pro.
Jika anda masih bingung memilih handphone yang sesuai untuk anda, staff kami akan membantu anda memilih telefon baru anda. Mereka akan memberikan panduan dan maklumat tentang produk yang ada, sekaligus membantu anda membuat keputusan bersesuaian dengan keperluan anda.
Langkah 5. Check-out:
Pilihan Pembayaran: Pada peringkat ini, anda sudah hampir selesai dengan pembelian anda. Jika nilai yang ditawarkan untuk telefon lama anda lebih rendah dari yang dijangkakan, caj tambahan mungkin dikenakan, terutamanya jika pembaikan diperlukan. Pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk membuat pembayaran untuk baki yang tinggal melalui pelbagai kaedah, termasuk ansuran kredit, tunai, GrabPay Later, online bank in transfer, dan banyak lagi.
Transaksi Selesai: Kakitangan Factory Mobile akan merekodkan pembelian anda dengan teliti dan memasukkan maklumat peranti yang anda tukarkan. Ini memastikan proses transaksi jujur dan berjalan lancar .
Langkah 6. Anda sudah selesai!
Setelah transaksi selesai, anda kini memiliki iPhone baru pada nilai trade-in yang dijamin berbaloi di kedai Factory Mobile. Dari penilaian hingga pembelian, kami akan memastikan pembelian anda berjalan lancar, mudah dan bermanfaat bagi mereka yang ingin upgrade telefon pintar mereka.
Proses Trade-in Smartphone Kedai Factory Mobile
Proses pemeriksaan dan trade-in di kedai Factory Mobile mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit sahaja.
Juruteknik kami akan memeriksa dan menguji fungsi telefon lama, termasuk paparan LCD, bunyi, speaker, suis on/off, motherboard, dan banyak lagi. Selepas itu, proses trade-in telefon lama pelanggan dan pemberian telefon baru dan dinaik taraf adalah proses semudah 1 2 3. Ia adalah proses yang mudah dan cepat dalam sehari.
Tidak ada keperluan atau dokumen yang rumit yang diperlukan untuk proses trade-in.
Senarai Harga Trade-in Telefon
Kami menerima pelbagai gajet atau smartphone untuk di trade-in. Dan ini adalah contoh harga trade in telefon kami:
Jenama | Peranti | Harga Asal | Harga Trade-in |
---|---|---|---|
Apple | Apple iPhone 14 | RM3,615 | RM1,500 |
Apple | Apple iPhone 13 | RM3,899 | RM1,100 |
Apple | Apple iPhone 11 | RM2,099 | RM400 |
Xiaomi | Redmi Note 9 Pro | RM869 | RM200 |
Xiaomi | Redmi Note 10 Pro | RM899 | RM325 |
Realme | Realme C15 | RM699 | RM150 |
Huawei | Huawei Nova 13 | RM499 | RM150 |
Samsung | Samsung Galaxy A14 5G | RM949 | RM150 |
Samsung | Samsung Galaxy S23 Ultra | RM6,199 | RM2,025 |
Samsung | Samsung Galaxy A34 5G | RM1,599 | RM365 |
Samsung | Samsung Galaxy A54 5G | RM1,899 | RM550 |
**Disclaimer: Sila ambil perhatian bahawa harga dan nilai yang disenaraikan diatas adalah contoh kasar menggunakan telefon terpakai yang masih dalam keadaan terbaik mereka. Harga yang disenaraikan adalah tidak tetap dan sentiasa berubah bergantung pada harga pasaran yang sentiasa berubah atau keadaan semasa peranti yang dibawa masuk. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh mengunjungi cawangan Factory Mobile terdekat kami untuk anggaran yang lebih tepat tentang nilai telefon terpakai anda.
Kebiasaannya, iPhone mempunyai nilai harga trade-in yang lebih tinggi kerana produk Apple kini dalam permintaan pasaran yang tinggi. Walaupun begitu, telefon pintar yang dibawa untuk trade-in biasanya dianggarkan sekitar RM700-RM1,000 (sesetengah nilai trade-in bergantung pada anggaran harga pasaran semasa dan pemeriksaan keadaan fon)
Anda perlu juga ingat bahawa terdapat juga caj tambahan jika telefon trade-in memerlukan pembaikan. Maka, kos pembaikan dikenakan atau dipotong daripada nilai telefon. Secararingkasnya, pelanggan ditawarkan nilai yang jauh lebih rendah kerana telefon perlu dibaiki atau memerlukan kos pembaikan untuk ditanggung.
Review Pelanggan Factory Mobile
Jika anda masih ragu-ragu tentang proses trade-in, jangan hanya mendengar dari kami, dengar apa yang dikatakan oleh pengunjung kami.
Salah seorang pelanggan kami bernama Hanis (20 tahun, pelajar, perempuan), datang untuk menukar telefon pintar rosaknya kerana dia ingin ikut trend dengan semua kawannya yang sudah ada smartphone baru. Inilah yang dikatakan olehnya:
“Saya trade-in Huawei P40 lama saya dengan harga yang berbaloi yang dicadangkan untuk yang handphone baru. Saya sangat suka dengan perkhidmatan daripada staf Factory Mobile. Mereka sangat peramah, terutamanya dalam menjelaskan proses dan sebab anggaran yang diberikan. Saya bukan seorang pakar teknologi tetapi saya sangat menghargai layanan mereka!“
Pengunjung lain, Aniq (27 tahun, lelaki) masuk dan bertanya kepada kakitangan kami tentang smartphone idamannya, Xiaomi 13T Pro. Dia asyik mengeluh apabila menceritakan bahawa dia tidak dapat membeli fon tersebut pada masa itu kerana bajetnya. Sayangnya, dia telah mencari pelbagai tempat dengan tawaran harga yang berpatutan untuk phone tersebut.
Nasib baik lah, kakitangan kami di Factory Mobile menjelaskan bahawa dia masih boleh membelinya jika Aniq sanggup trade-in telefon lamanya dengan Xiaomi 13T Pro yang baru dia idamkan. Inilah yang dikatakan Aniq tentang proses trade-in di Factory Mobile:
“Saya boleh katakan yang proses trade-in di sini adalah proses yang cepat. Masuk je kedai, saya dah boleh dapat quote harga bagi Honor 80 lama saya, dan proses pertukaran selesai dalam kunjungan yang sama ketika saya membeli Xiaomi 13T Pro baru saya. Saya kagum bagaimana diorang dengan teliti memeriksa telefon. Xiaomi ini dah lama sangat saya nak beli tetapi ianya melebihi bajet saya. Terima kasih Factory Mobile, saya hanya perlu menukar telefon lama saya dan menambah baki untuk yang baru ini yang hampir separuh dari harga asal dia!“
Kami gembira dapat membantu anda semua. Harap anda menyukai peranti baru anda!
Jadi? Adakah anda telah membuat keputusannya? Nak mencuba trade-in handphone lama anda dengan yang baru di Factory Mobile? Mengapa membeli telefon impian anda secara full payment jika anda boleh trade-in dengan menukar telefon lama anda dengan yang baru.
Kunjungi kami sekarang untuk membuat pilihan dari pelbagai device yang kami miliki. Pasti ada salah satu yang menarik perhatian anda.
Hello saya dari Sarawak, kalau trade in hp Iphone 11 agaknya saya boleh pilih hp baru yang harga berapa ya ?