Hai, geng! Abe nak share tips penting ni. Tau tak, bateri telefon Android kita ni ibarat jantung peranti – kalau tak jaga betul-betul, cepatlah dia “penat” dan rosak.
Tapi jangan risau, selain belajar cara jaga bateri, Abe nak bagitau bila masa yang sesuai untuk tukar bateri baru.
1. Cas Bila Bateri Telefon Android Tinggal 20%, Berhenti Sebelum 80%
Jangan tunggu sampai bateri bawah 10% baru nak cas. Menurut pakar, julat terbaik untuk pengecasan ialah antara 20% ke 80%.
Bila selalu caj sampai 100% atau biar bateri habis dulu, ia beri tekanan pada bateri.
Tips mudah:
- Gunakan aplikasi seperti AccuBattery untuk dapatkan notifikasi bila bateri capai 80%.
- Cas sikit-sikit waktu siang, contohnya masa tengah rehat kerja.
Kalau dah biasa amalkan ni, hayat bateri telefon Android anda boleh dipanjangkan sehingga dua kali ganda!
2. Elakkan Telefon Android Terlalu Panas
Suhu panas adalah musuh utama bateri telefon android. Kalau tengah main game dan rasa telefon dah panas, berhenti sekejap.
Telefon yang terdedah kepada haba tinggi seperti dalam kereta pun boleh merosakkan bateri.
Apa yang boleh dibuat:
- Guna casing kalis haba atau casing berpenebat udara.
- Kalau telefon rasa panas masa caj, cabut pengecas sekejap dan letak di tempat terbuka.
3. Jangan Caj Sepanjang Malam
Caj semalaman memang memudahkan, tapi ia boleh beri tekanan elektrik pada bateri. Lama-lama, kapasiti bateri akan menurun.
Apa alternatifnya?
- Gunakan smart plug dengan timer untuk matikan caj secara automatik.
- Kalau perlu caj waktu malam, pastikan telefon diletakkan di tempat yang sejuk dan terbuka.
- Gunakan cable seperti McDodo yang ada fungsi “auto cut-off”
4. Bila Bateri Rosak, Tukar yang Baru dengan Cepat
Kadang-kadang, walaupun dah jaga bateri dengan baik, ia tetap akan haus sebab bateri ada jangka hayat tertentu. Kalau anda perasan:
- Telefon cepat habis bateri walaupun baru caj.
- Telefon selalu panas tanpa sebab.
- Caj lambat penuh.
Ini tanda-tanda bateri dah rosak. Jangan tunggu lama-lama, bawa ke Factory Mobile untuk servis bateri pantas.
Bateri baru boleh ditukar hanya dalam 15 minit, jadi anda tak perlu risau tunggu lama!
5. Guna Mod Penjimatan Kuasa
Kadang-kadang kita lupa banyak aplikasi latar belakang yang makan bateri. Cara paling mudah nak jimat kuasa ialah dengan guna Battery Saver Mode.
Cara aktifkan:
- Untuk Samsung Galaxy: Pergi ke Settings > Battery and device care > Power Saving.
- Untuk Android lain: Pergi ke Settings > Battery > Battery Saver, kemudian tekan Turn on now.
Mod ini akan matikan aplikasi tak penting, kurangkan brightness, dan kawal penggunaan tenaga supaya bateri telefon android tahan lebih lama.
Bila Nak Baiki atau Tukar Bateri?
Kalau bateri anda dah rosak, tak semestinya kena beli telefon baru! Di Factory Mobile, bateri lama boleh ditukar dengan yang baru dalam masa hanya 15 minit.
Selain itu, Factory Mobile juga menyediakan servis pembaikan untuk masalah lain seperti skrin pecah atau masalah pengecasan.
Kenapa pilih Factory Mobile?
- Servis pantas dan profesional.
- Menggunakan bateri berkualiti tinggi.
- Harga berpatutan untuk semua jenis model telefon Android.
Kesimpulan Abe
Bukan susah pun nak jaga bateri telefon Android. Tapi kalau bateri dah rosak, tak perlu stress – bawa je ke Factory Mobile.
Telefon sihat, hati pun senang! Jangan lupa amalkan tips penjagaan bateri ni supaya telefon anda tahan lama.
Nak lagi tips menarik? Stay tuned dengan Abe!
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- LCD vs OLED vs AMOLED: Skrin Mana Yang Terbaik?
- Honor X9c 5G: Kuasa dan Ketahanan Hebat untuk Gaya Hidup Aktif!
- KYOCERA G05: PILIHAN TERBAIK HANDPHONE TAHAN LASAK
- Infinix Zero 40 5G: Smartphone Kamera 4K Mesra Bajet
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI