Xiaomi 14T Pro vs 13T Pro: Telefon Mana yang Lebih ‘Power’?

Xiaomi kembali dengan model hebat dalam siri T mereka iaitu Xiaomi 14T Pro selepas Xiaomi 13T Pro. Kedua-duanya menawarkan spesifikasi unggul dan ciri menarik, tetapi mana satu yang patut anda pilih? Jom kita bandingkan kedua-dua telefon pintar ini dari segi spesifikasi, prestasi, dan kelebihannya.

Perbandingan Spesifikasi

SpesifikasiXiaomi 13T ProXiaomi 14T Pro
Skrin6.67” AMOLED, 144Hz6.67” AMOLED CrystalRes, 144Hz, 2712 x 1220 piksel, 4000 nits, Dolby Vision
CipMediaTek Dimensity 9200+MediaTek Dimensity 9300+ (4nm) dengan GPU Immortalis-G720 MC12
RAM12GB / 16GB12GB LPDDR5X
Storan512GB / 1TB512GB / 1TB UFS 4.0
Kamera Belakang50MP (utama) + 50MP (telefoto) + 12MP (ultrawide)50MP (utama, OIS) + 50MP (telefoto) + 12MP (ultrawide) dengan teknologi Leica
Kamera Depan20MP32MP
Bateri5000mAh, pengecasan pantas 120W5000mAh, pengecasan pantas 120W (berwayar) dan 50W (tanpa wayar)
Sistem OperasiMIUI 14 berasaskan Android 13HyperOS berasaskan Android 14
Kalis Air dan DebuIP68IP68

Reka Bentuk & Paparan

Xiaomi 13T Pro hadir dengan skrin AMOLED 6.67 inci yang menyokong refresh rate 144Hz, memberikan paparan yang lancar dan responsif. Reka bentuk premium dengan kaca di bahagian belakang dan rangka aluminium memang buat telefon ini nampak eksklusif.

Xiaomi 14T Pro, pula, menggunakan skrin AMOLED CrystalRes 6.67 inci dengan kecerahan 4000 nits dan sokongan Dolby Vision. Paparan skrin ini lebih jelas dan terang, sesuai untuk korang yang suka menonton video atau bermain permainan dengan visual berkualiti tinggi.

Prestasi Cip & Storan

Dari segi prestasi, Xiaomi 14T Pro menampilkan cip MediaTek Dimensity 9300+ (4nm) yang lebih terkini dan berkuasa, bersama GPU Immortalis-G720 MC12 untuk grafik yang lancar. Pilihan storan UFS 4.0 (256GB atau 512GB) juga lebih pantas berbanding storan UFS 3.1 pada Xiaomi 13T Pro.

Xiaomi 13T Pro pula menggunakan cip MediaTek Dimensity 9200+ yang tetap memberikan prestasi mantap. Dengan pilihan RAM sehingga 16GB, anda boleh multitasking dengan lancar dan bermain game tanpa lag.

Kamera – Hasil Gambar Mantap!

Kedua-dua model ini menggunakan teknologi kamera Leica yang terkenal dengan kualiti gambar yang hebat. Xiaomi 13T Pro mempunyai kamera belakang triple – 50MP (utama) + 50MP (telefoto) + 12MP (ultrawide). Kamera ini menawarkan gambar yang jelas dan perincian yang baik.

Untuk Xiaomi 14T Pro, kamera belakang juga menggunakan kombinasi tiga lensa – 50MP (sudut lebar dengan OIS) + 50MP (telefoto) + 12MP (ultra lebar). Hasil gambar lebih tajam dan jitu, namun kemampuan kamera waktu malam dikatakan sedikit tidak konsisten. Kamera depan 32MP pula memberikan hasil selfie yang lebih jelas berbanding 20MP pada Xiaomi 13T Pro.

Bateri & Pengecasan

Kedua-dua telefon ini dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 120W berwayar. Namun, Xiaomi 14T Pro mempunyai kelebihan pengecasan tanpa wayar 50W yang memudahkan pengguna untuk mengecas tanpa perlu risau tentang kabel.

Sistem Operasi & Ciri Tambahan

Xiaomi 13T Pro menggunakan MIUI 14 berasaskan Android 13, manakala Xiaomi 14T Pro dilengkapi dengan HyperOS berasaskan Android 14, yang lebih terkini. Namun, perlu diingat bahawa HyperOS masih mempunyai iklan yang mungkin mengganggu sesetengah pengguna.

Kedua-dua model menawarkan perlindungan IP68, memastikan telefon tahan debu dan air untuk kegunaan harian yang lebih lasak.

Mana Satu Pilihan Anda?

Pilih Xiaomi 13T Pro jika anda inginkan telefon dengan prestasi mantap, kamera hebat, dan pilihan storan yang besar pada harga lebih berpatutan. Dengan reka bentuk premium dan ciri-ciri unggul, ia sesuai untuk pengguna yang mahukan telefon serba lengkap tanpa perlu belanja besar.

Pilih Xiaomi 14T Pro jika anda mahukan teknologi terkini dengan paparan lebih canggih, kamera yang diperbaiki dengan teknologi Leica, dan sokongan pengecasan tanpa wayar. Prestasi cip terbaru MediaTek Dimensity 9300+ juga memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar. Namun, perlu diingat harga model ini sedikit lebih tinggi.

Jadi, yang mana satu jadi pilihan hati korang? Kedua-duanya menawarkan ciri dan spesifikasi unggul dengan kelebihan masing-masing. Apa yang pasti, sama ada Xiaomi 13T Pro atau 14T Pro, korang pasti akan puas dengan prestasi dan kehebatan yang ditawarkan!

Leave a Comment