7 Tips Smartphone Fotografi Untuk OOTD Hari Raya

Bila raya je, bukan baju je kena padu, gambar OOTD pun wajib on point!

Tak perlu kamera mahal, smartphone korang pun dah cukup kalau tahu trick yang betul.

Jom abe share 7 tips mudah untuk pastikan gambar OOTD Hari Raya korang tak mengecewakan.

7 Tips Smartphone Fotografi Untuk OOTD Hari Raya

1. Cari Lighting yang Cun — Natural Light is King!

Raya selalunya siang hari, jadi manfaatkan cahaya matahari.

Berdiri menghadap cahaya (jangan melawan), elakkan backlight yang buat muka korang jadi gelap.

Paling cantik, shoot waktu pagi atau petang — waktu ni lighting lembut & glowing.


2. Gunakan Mode Portrait (Tapi Jangan Over Blur)

Hampir semua smartphone sekarang ada Portrait Mode.

Gunakan untuk dapatkan efek bokeh (background blur) supaya fokus lebih pada outfit korang.

Tapi ingat, adjust blur tu biar nampak natural, kalau over sangat, akan nampak bokeh fake!


3. Jangan Zoom, Tapi Dekat Sendiri

Elakkan zoom guna jari. Digital zoom akan buat gambar pecah & blur.

Kalau nak close-up, jalan je dekat sikit. Quality gambar akan kekal tajam.


4. Pastikan Lens Smartphone Bersih

Ni ramai selalu lupa. Cap jari, habuk, minyak rendang atas lensa akan buat gambar jadi kabur.

Sebelum shoot, lap dulu lens dengan kain microfiber atau baju melayu korang pun boleh, janji bersih.


5. Guna Angle & Pose yang Bagi ‘Shape’ Outfit

OOTD bukan sekadar tunjuk muka — tunjuk baju, samping, tudung, kasut semua sekali.

Cuba pose senget sikit, side angle atau berdiri tegak. J

angan takut main dengan low angle (kamera dari bawah) untuk nampak tinggi, atau top angle untuk shot flatlay kuih raya.


6. Edit Sikit-Sikit, Jangan Overfilter

Lepas shoot, boleh touch up sikit guna apps macam Lightroom Mobile, Snapseed, atau VSCO.

Naikkan brightness, contrast, sharpness, tapi jangan sampai hilang warna asal baju raya korang.

Kalau baju hijau, jangan sampai jadi neon hijau.


7. Gunakan Timer & Tripod Untuk Full Body Shot

Kalau tak ada kawan tolong ambil gambar, guna timer & mini tripod.

Boleh beli tripod RM20-RM35 je, letak phone & posing puas-puas.

Pastikan frame cukup ruang — jangan sampai kepala terpotong!


Bonus: Lokasi Pun Main Peranan!

Kalau boleh, cari background yang simple — tembok putih, pintu kayu rumah nenek, pokok bunga raya depan rumah.

OOTD korang yang jadi highlight, bukan semak belakang.


Kesimpulan — Gambar OOTD Biar Macam Influencer, Bukan Mak Cik Forward Group!

Tak susah pun nak dapat gambar cantik masa raya.

Smartphone korang memang power, tinggal korang je tahu cara guna.

Tahun ni, jangan kasi chance! Kasi gambar meletup, caption padu, like bertabur!

By the way, gambar-gambar ni abe guna Xiaomi 15 5G. Amacam? Ok tak gambar dia?

Kalau berminat, boleh beli Xiaomi 15 5G di website kami.


Kalau korang ragu-ragu nak beli phone apa, boleh datang ke cawangan kami!

Sales Advisor kami sedia membantu anda, lengkap dengan demo supaya anda boleh lihat dan cuba sendiri sebelum buat keputusan.


Sekarang ada PROMOSI HARI RAYA bermula 20 Mac hingga 30 Mac ni. Tapi kami akan sambung balik promosi ni 2-4 April 2025!

Diskaun harga sehingga 50% untuk aksesori seperti tinted, kabel, powerbank dan lain-lain.

Bukan itu saja, diskaun sehingga 50% juga untuk tukar bateri iPhone ataupun Android.

Paling best, promo kali ni ada potongan harga sehingga 50% untuk smartphone!

Promo ni tak lama, jadi terus klik link dibawah untuk membeli.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment