Factory Mobile Kota Bharu

CawanganFactory Mobile Kota Bharu
AlamatLot 2552 Bangunan Factory Mobile (Tingkat 1), Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon 011-4030 0000
Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam

Servis dan Perkhidmatan Factory Mobile Kota Bharu

Antara servis yang terdapat di Factory Mobile Kota Bharu adalah:

Jual Pelbagai Smartphone & Smartwatch

Di Factory Mobile Kota Bharu, kami menawarkan servis menjual pelbagai jenis gajet seperti telefon pintar (smartphone), jam pintar (smartwatch), aksesori berkaitan gajet dan lain-lain produk. Terdapat lebih dari 10 jenama telefon pintar yang dijual di kedai kami seperti Apple, Xiaomi, Vivo, Oppo dan Samsung. Selain dari jenama telefon yang sedia ada dikenali ramai, kami juga turut menjual telefon pintar yang jarang dijual di kedai lain seperti ROG, Blackshark dan Infinix. 

Jual Komputer dan Laptop

Selain telefon pintar, Factory Mobile Kota Bharu juga menjual komputer riba dari beberapa jenama ternama seperti Apple, HONOR dan Huawei. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan spesifikasi yang diberikan.

Jual Aksesori

FMKB juha menyediakan aksesori bagi gajet anda seperti Jam Pintar, Charger, Earbud, Headset, Tinted, Speaker, Power Bank dan pelbagai lagi. Terdapat lebih dari 12 jenama aksesori yang dijual termasuk Mcdodo, Remax dan Pineng.

Jual Simkad

Sebagai syarikat yang mempunyai misi untuk menjadi tempat carian pertama pelanggan, kami turut menyediakan servis menjual sim kad Maxis, Celcom dan Digi. Para pekerja kami sentiasa bersedia untuk melayani para pelanggan bagi mendapatkan sim kad yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pelanggan. Kami akan memastikan para pelanggan berjaya mendapatkan sim kad dengan jaringan telekomunikasi yang sesuai untuk kegunaan dan harga yang dicari oleh pelanggan.

Servis Baikpulih Gajet

Kami juga merupakan penyelesai masalah gajet anda. Kami turut menyediakan servis baikpulih telefon yang mana kami telah terapkan kepada juruteknik kami untuk membuat 12 jenis check kerosakan pada telefon pelanggan secara percuma sebelum telefon pelanggan dibaiki bagi menyemak sekiranya terdapat kerosakan lain selain yang dinyatakan oleh pelanggan. 

Kami menyediakan servis baik pulih ini secara face to face, yang mana pelanggan dapat melihat bagaimana proses telefonnya dibaiki oleh juruteknik kami. Sekiranya telefon para pelanggan yang perlu dibaiki mempunyai masalah kerosakan yang lebih rumit atau memerlukan perhatian yang lebih terperinci sehingga terpaksa ditinggalkan di kedai, kami akan pastikan para pelanggan mendapatkan semula telefonnya yang telah selesai dibaiki secepat yang mungkin. 

Servis Trade-in Smartphone

Tidak risau juga kepada pelanggan yang ingin memiliki peranti baharu tetapi ingin menggunakan cara lebih jimat, pelanggan boleh membuat tukar beli (trade-in) telefon pintar atau tablet mereka mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Selain itu, kami juga menyediakan servis bayaran ansuran dari 3 hingga 24 bulan mengikut kesesuaian platform bayaran pelanggan. Untuk penerangan yang lebih terperinci mengenai servis-servis kami, pelanggan boleh walk-in ke kedai kami seperti pada alamat yang dinyatakan atau hubungi kami melalui nombor telefon yang tertera.