SONY XPERIA 1 II – MASIH BERBALOI DI TAHUN 2024

Dengan pasaran telefon pintar yang sentiasa berubah dan berkembang, korang mungkin tertanya-tanya, “Kenapa Sony Xperia 1 II masih berbaloi di tahun 2024 yang mana dunia gajet semakin canggih sekarang?” Jangan tergesa-gesa membuat kesimpulan, sebab telefon ni masih punya beberapa aspek yang boleh buat kita teruja.

Ciri-ciri & Spesifikasi Sony Xperia 1 II

Sony Xperia 1 II ni reka bentuknya memang unik. Dengan skrin CinemaWide 21:9, OLED HDR 4K 6.5 inci, bukan setakat rupa je yang cantik, tapi bila nak tengok movie pun rasa macam dalam pawagam betul. Plus, Sony Xperia 1 II ini dah dilengkapi dengan ketahanan air dan debu IP65/68. So, style dan tahan lasak, dua-dua ada dalam satu Sony Xperia 1 II ni!

Kelebihan & Kekurangan

KELEBIHAN

  • Kualiti Kamera Profesional: Sony Xperia 1 II ni, kalau pasal ambil gambar atau rakam video, memang terbaik lah. Guna teknologi macam siri Alpha Sony, siap ada Eye AF dan boleh snap cepat sampai 20 fps
  • Paparan Sinematik: layan movie atau game dengan screen OLED 4K HDR 6.5 inci, memang puas hati dengan warna yang jelas dan detail yang sharp.
  • Prestasi Hebat: Nak main game ke, buka banyak app serentak ke, smooth je dengan Snapdragon 865 dan 8GB RAM.
  • Audio Berkualiti Tinggi: Untuk yang suka dengar lagu, audio dia pun tip-top dengan 360 Reality Audio dan ada lubang audio untuk headphone lagi, jadi layan muzik pun best.
  • Harga mampu milik: Yang best, semua ciri-ciri hebat ni datang dengan harga yang ramah poket. Memang worth it!

KEKURANGAN

  • Bateri: Kalau dibandingkan dengan beberapa phone lain, bateri Sony Xperia 1 II agak cepat habis, terutamanya bila kita guna apps yang berat
  • Saiz: Saiz Sony Xperia 1 II panjang (21:9), nak handle Sony Xperia 1 II ni susah sikit berbanding smartphone yang lain
  • Sistem android: Sony Xperia 1 II hanya boleh update kepada android 12 yang mana sekarang sudah android 14, tapi masih lagi ok untuk digunakan pada tahun 2024

Prestasi Kamera Sony Xperia 1 II

Susunan kamera triple 12MP Sony Xperia 1 II memang power habis! Tak kira dalam gelap atau nak tangkap subjek yang bergerak laju, Sony Xperia 1 II akan bagi hasil yang cantik.

Kapasiti Storan

Kalau risau pasal tak cukup ruang storage, no need for that! Sony Xperia 1 II ada penyimpanan dalaman besar, 256GB, yang boleh expand sampai 1TB dengan guna kad microSD. 

KESIMPULAN

Dengan segala ciri-ciri yang boleh kata setanding dengan smartphone kini, Sony Xperia 1 II masih berbaloi di tahun 2024. So, tunggu apa lagi? Jom serbu Sony Xperia 1 II sekarang  di Factory Mobile- confirm tak menyesal!

8 thoughts on “SONY XPERIA 1 II – MASIH BERBALOI DI TAHUN 2024”

Leave a Comment