Secondhand, Teknologi

Snapdragon 845 dengan skrin 2K (QHD) OLED RM650 – Sony Xperia XZ3

Sony Xperia XZ3 selesa ketika dipegang, terasa kompak dan mahal.

Siapa tidak menyangka ada smartphone flagship yang menggunakan Snapdragon 845 mampu berhanga RM650 yang mampu milik. Dahulunya peranti ini berharga RM3299.00 semasa pelancaran. Di Malaysia masih ramai yang meminati peranti yang di keluarkan oleh Sony kerana syarikat ini sememangnya menghasilkan peranti yang sangat cantik dan menarik dengan pilihan warna yang lain dari yang lain.

Peranti Sony Xperia XZ3 ini sangat cantik jika dilihat dari luaran kerana rekaan yang sangat modern dan nampak mahal dengan skrin melengkung OLED seperti keluaran Samsung Note 20, Jika dipegang juga sangat selesa dan terasa kompak walaupun skrinnya bersaiz 6 inci. Akan tetapi terdapat kelemahan untuk skrin melengkung kerana agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan skrin tersebut kerana asyik tersentuh di bahagian tepi. Akan tetapi, terdapat feature menarik seperti Tap Edge untuk mengambil gambar dan quick task hanya menekan tepi skrin. Bahagian belakang juga menggunakan kaca untuk memberikan pengalaman yang agak sangat mahal, jika di bandingkan dengan phone yang berharga RM1000 ke bawah yang lain memang tiada bandingnya.

Paparan OLED yang melengkung menampakkan lagi ciri bangsawan.

Kami telah mencuba peranti ini untuk menjalankan permainkan PUBG, permainan tersebut dapat di jalankan dengan sangat lancar tanpa sebarang lag. Memang sesuai kepada kepada sesiapa yang ingin membuat peranti ini untuk bermain games yang heavy kerana ianya menggunakan Snapdragon 845 yang sangat berkuasa. Segala sistem operasi juga sangat lancar tidak seperti peranti peranti murah lain dengan pengalaman yang sangat perlahan.

Kami mencuba permainan yang heavy seperti PUBG dan pengalaman sangat lancar.

Tetapi terdapat juga beberapa kelemahan lain yang terdapat pada Sony Xperia XZ3 ini, seperti tiada bicu audio (3.5 audio jack). Pengguna terpaksa menggunakan bluetooth headphone, tetapi untuk model ini Sony telah berikan bluetooth 5.0. Bateri Sebesar 3300mAh sebuah angka yang di kira besar juga, akan tetapi untuk memberikan kuasa kepada screen beresolusi 2K (1440p) tidak memadai jika memainkan permainan yang menyokong QHD resolusi. Jika untuk permainan ringkas mampu bertahan sehingga satu hari.

Sony Xperia XZ3 menggunakan kaca di bahagian belakang.

Selain itu terdapat kelebihan atau feature yang menarik seperti, terdapat Wireless Charging (Qi Wireless) dan Fast Charging sehingga 18Watt.Tambahan lagi, Sony Xperia juga popular dengan sistem audio yang sangat terbaik dalam kelasnya. XZ3 ini menggunakan speaker Stereo untuk peranti ini, bunyi yang di hasilkan sangat jelas dan kuat.

Kini, peranti Sony Xperia XZ3 ini berharga serendah RM650, di kira tahap mampu milik oleh semua rakyat marhean di Malaysia dengan speksifikasi yang tertinggi dari Qualcom iaitu Snapdragon 845 dengan memori RAM 4GB berserta storan berkapasiti 64GB. Ianya sangat berbaloi untuk sesiapa yang ingin menjadikan peranti XZ3 ini sebagai peranti utama harian atau untuk second phone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *