Apple, iPhone, Teknologi

Siri iPhone 12 Dilancarkan dengan A14 Bionic 5nm

Apple telah secara rasminya melancarkan siri iPhone 12 dengan empat jenis variasi iphone iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max melalui majlis virtual maya Oktober yang di lakukan oleh Apple.

2020-10-13-11-06-15

Apple/Screenshot by Sarah Tew/CNET

 

Untuk pengetahuan, iPhone kali ini adalah yang paling berkuasa yang Apple lancarkan dengan cip pemprosesan Apple A14 Bionic berasaskan 5nm  lebih kecil berbanding dengan A13 Bionic iaitu 7nm (Intel – 14nm, AMD – 7nm). Pada pendapat saya, dengan cip ini iphone 12 mampu memberikan pengalaman untuk pengguna iPhone bermain permainan serta melakukan tugasan dengan pantas berbanding dengan A13 Bionic. Jangka hayat untuk siri iPhone 12 ini juga sudah pasti akan dijangka lebih lama dengan teknologi 5nm ini. Jumlah kapasiti bateri masih belum diketahui tetapi Apple telah memberikan gambaran dengan kemampuan iPhone mereka mampu bertahan sehingga 80 jam (iPhone 12 Pro Max) dengan penggunaan audio (musik) sahaja dan 12 jam untuk penggunaan video stream.

 

screenshot Apple iPhone 12 website

Teknologi 5G pula  disahkan oleh Apple akan terbina untuk semua siri iPhone 12. Seperti yang kita maklum, teknologi 5G ini adalah paling pantas untuk komunikasi mudah alih ini. Jika Apple telah menggunakan 5G ini maka secara automatis 5G adalah akan menjadi standard dan mampu menggubah infrastruktur di perluaskan dengan lebih pantas.

Jika ada yang ini membuat tempahan siri iPhone 12. Kami telah membuka untuk tempahan bermula hari ini.

Klik di sini untuk pra tempahan.

(Pre-Order) iPhone 12

(Pre-Order) iPhone 12 Mini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *