Smartwatch Terbaik Detect COVID-19

Hai para pembaca semua, nak tahu bagaimana fungsi smart watch mampu mengesan tanda-tanda awal COVID-19? Inilah antara jam smartwatch terbaik yang boleh bantu detect COVID-19.

Sekarang ini, dengan kes-kes COVID-19 semakin meningkat keadaan makin membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila kenyataan dikeluarkan menyatakan bilangan kes COVID-19 dijangkakan bertambah menjelang awal Januari 2024. Nak kenal pasti tanda-tanda awal COVID-19? Kami akan berkongsikan antara jam smartwatch terbaik yang ada di Factory Mobile.

Fungsi Smartwatch Terbaik Detect COVID-19

Masihkah anda ingat antara tanda-tanda atau simptom awal COVID-19 seperti sesak nafas atau batuk kering, demam, sakit badan, keletihan, pening, sakit tekak malah hilangnya deria rasa. 

Mesti tertanya-tanya, bagaimana fungsi jam tangan smart watch boleh detect tanda-tanda COVID-19? 

Antara kegunaan smart watch adalah ia mampu memberi maklumat tanda-tanda awal untuk detect COVID-19. Tak percaya? Ayuh kita lihat antara fungsi dan kegunaan smartwatch terbaik untuk detect tanda-tanda COVID-19:

  • Pemantauan Kadar degupan jantung
    Tanda awal COVID-19 boleh dikenalpasti adalah melalui perubahan fizikal seperti kelesuan. Dengan kegunaan fungsi monitor heart rate atau pemantauan kadar degupan jantung yang ada pada rata-rata smart watch dalam pasaran kini, ianya boleh bantu mengenal perubahan fizikal anda daripada catatan berkala sama ada ianya normal atau abnormal.
  • Sensor Suhu Badan
    Apabila menyebut tentang COVID-19, suhu badan memainkan peranan utama dalam mengenal pasti sama ada anda mengalami simptom demam COVID-19. Sensor suhu badan pada jam tangan pintar smart watch memberi maklumat kepada pengguna tentang perubahan suhu kulit badan anda untuk detect tanda-tanda awal COVID-19.
  • Monitor Kadar Kepekatan Oksigen (SpO2)
    Malah, fungsi seperti monitor SpO2 pada smartwatch yang membantu untuk memantau kadar kepekatan oksigen boleh detect tanda awal COVID-19. Terdapat kajian yang turut menyatakan simptom awal seperti sesak nafas atau peningkatan kadar pernafasan boleh di detect sehingga seminggu awal COVID-19 dapat dikenal pasti dalam pesakit.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai lagi kegunaan lain smart watch seperti monitor bacaan kalori, langkah larian, bacaan kualiti tidur dan sebagainya. 

Fungsi-fungsi smart watch berikut bukan lah penentu akhir untuk diagnosis kesihatan. Namun, dengan fungsi tersebut, anda dapat memantau perubahan yang boleh menjadi tanda amaran untuk lebih berjaga-jaga dalam musim jangkitan wabak COVID-19 ini. 

Kami juga ingin nasihatkan, seeloknya anda dapatkan Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Self-Test Kit) dari farmasi-farmasi berdekatan sekiranya anda merasakan simptom-simptom COVID-19 semakin melarat.

Jam Smartwatch Terbaik di Factory Mobile

Kini, jom kita ketahui lanjut antara jam smartwatch terbaik yang ada dijual di Factory Mobile yang anda boleh dapatkan sebagai pengawasan detect COVID-19.

  1. Apple Watch S8 45MM
    Jam smartwatch terbaik Apple Watch S8 45MM ini selain mempunyai fungsi utama sebagai jam tangan pintar, ianya dilengkapi dengan ciri temperature sensing atau pengesan suhu badan yang dapat mengesan perubahan suhu sekiranya anda mempunyai simptom awal COVID-19. 

    Bukan itu sahaja, jam ini turut fungsi lain seperti sleep tracking, malah dengan fungsi crash & fall detection serta  “SOS signaling”, jam smart watch ini mampu menyiarkan isyarat kecemasan seandainya anda terlibat dalam kemalangan mahupun sebarang kecemasan. 

    Ciri USB-C Magnetic Fast Charging Cable yang disertakan dalam pakej smart watch ini memberikan kemudahan yang bukan setakat ianya sesuai untuk dipakai ketika bersukan, malah anda mampu monitor keadaan kesihatan badan anda 24 jam. 

Pros

✅Body Temperature Sensor
✅Sleep Tracking
✅Crash & Fall Detection
✅SOS signaling
✅Pelbagai Fungsi Sportswear

Cons

❌Tiada SpO2 monitoring
❌Tak compatible dengan Android devices
❌Harga lebih mahal

  1. Smartwatch Series 7 WS7 Pro
    Jam tangan smartwatch Series 7 WS7 Pro ini pula merupakan alternatif yang jauh lebih berpatutan dibandingkan dengan jam Apple Watch walaupun mengekalkan fungsi yang hampir sama dengan Apple Watch.

    Smart watch ini bukan sahaja mempunyai fungsi sama seperti heart rate tracker, malah mempunyai ciri tambahan iaitu SpO2 atau oksigen sensor yang mampu membaca kadar kepekatan oksigen dalam darah anda.

    Jam ini adalah kalis air dan turut mempunyai sensor body temperature yang dapat memberi bacaan perubahan suhu badan anda. Lebih-lebih lagi apabila ingin kenalpasti simptom-simptom awal COVID-19.

Pros

✅Harga lebih murah dan berpatutan
✅Body Temperature Sensor
✅SpO2 Oksigen Monitor
✅Immunity Monitor
✅Sokong remote photography & GPS
✅SOS signaling

Cons

❌ Bateri tak tahan lama (4 hari battery life)

  1. Smart watch WS8 Ultra
    Seterusnya, jam smartwatch terbaik yang ada di Factory Mobile adalah Smart watch WS8 Ultra yang dilengkapi dengan ketiga-tiga ciri sensor suhu badan, monitor heart rate dan monitor oksigen dalam darah SpO2 bagi membantu anda mengesan tanda-tanda awal COVID-19.

    Bahkan, jika anda gemar bersukan, jam smart watch terbaik ini juga mempunyai pelbagai mode fitness jadi badan anda mampu kekal cergas bagi meningkatkan imunisasi badan daripada mudah dijangkiti sebarang penyakit atau COVID-19.

    Dengan jam tangan ini, anda juga boleh praktis pernafasan melalui ciri breathing exercises. Malah, jam ini juga mempunyai fungsi sokongan untuk bluetooth calling supaya anda dapat berhubung dimana sahaja anda berada walaupun dalam pengawasan kuarantin.

Pros

✅Body Temperature Sensor
✅SpO2 Blood Oxygen Monitor 
✅Sokong Bluetooth Calls
✅Pelbagai Mode Fitness
✅Breathing Exercises
✅Heart Rate Monitor

Cons

❌Tiada SOS Signaling
❌Tiada Remote Camera control

  1. Honor Band 5
    Di Factory Mobile, kami juga menyediakan jam tangan Honor Band 5 dengan fungsi monitor kadar degupan jantung serta kadar oksigen dalam darah anda (SpO2) bagi mereka yang inginkan dua-dua fungsi ini. Akan tetapi, ianya tidak dilengkapi dengan fungsi sensor suhu badan yang dapat mengesan perubahan suhu badan anda.

    Namun begitu, terdapat juga fungsi lain seperti fitness tracking dan pantauan kualiti tidur jadi anda mampu memantau kesihatan badan anda supaya kekal sihat untuk melakukan kerja-kerja seharian. 

    Jika itu tidak memadai, jam smartwatch ini mempunyai kemudahan tambahan seperti remote picture taking dan remote music control  supaya anda dapat mengambil gambar malah memilih lagu pada jam tangan anda pada jarak yang jauh daripada device phone anda.

Pros

✅Heart Rate Tracking
✅Sleep Tracking
✅SpO2 Blood Oxygen Monitor
✅Fitness Tracking
✅Remote Music Control & Camera
✅Phone Locator

Cons

❌Tiada SOS Signaling
❌Tiada monitor suhu badan

  1. Xiaomi smart band 6
    Dilengkapi dengan fungsi monitor kadar oksigen dalam darah SpO2 dan heart rate monitor, jam smartwatch terbaik Xiaomi smart band 6 ini mampu memantau sebarang tanda-tanda simptom awal COVID-19.

    Bukan itu sahaja, smartwatch ini turut mempunyai fungsi 30 mod fitness berbeza, ciri breathing exercises serta monitor untuk tidur dan tahap tekanan stress anda bagi menggalakkan penjagaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

    Kekurangan pada smartwatch ini jika dibandingkan dengan kecanggihan-kecanggihan smart watch lain adalah ianya tiada fungsi monitor body temperature bagi mengenal pasti keadaan suhu badan sekiranya mempunyai simptom COVID-19 ataupun tidak. 

Pros

✅SpO2 Blood Oxygen Monitor
✅Heart Rate Monitoring
✅Sleep & Stress Monitoring
✅Phone Locator
✅Breathing Exercises

Cons

❌Tiada monitor suhu badan
❌Battery Life hanya 5 hingga 19 hari sahaja

Kesimpulan

Kini kami telah berkongsikan antara kegunaan jam tangan terbaik untuk detect COVID-19 serta senarai jam smartwatch terbaik yang sedia ada di Factory Mobile.

Ingin dapatkan jam smartwatch terbaik daripada senarai yang kami sebutkan dalam penulisan ini? Boleh terus menekan link pembelian di setiap device jam smartwatch yang tersenarai. Atau anda boleh juga dapatkan smart watch terbaik pertama anda dengan mengunjungi mana-mana cawangan Factory Mobile kami berdekatan. 

Terdapat pelbagai smartwatch lain yang turut ada tersedia di Factory Mobile sekiranya anda inginkan jam tangan pintar bagi kegunaan lain sama ada bersukan ataupun sebagai jam tangan biasa. Stok adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk segera dapatkan jam tangan pintar smart watch terbaik anda hari ini.

Leave a Comment