KYOCERA G05: PILIHAN TERBAIK HANDPHONE TAHAN LASAK

Kalau anda seorang yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak, atau anda seorang ‘rider’ penghantar makanan, anda mungkin tengah cari telefon yang tahan lasak. Kyocera G05 mungkin pilihan terbaik untuk anda! Dengan rekaan yang direka untuk tahan hentakan, dan juga kalis air, Kyocera G05 memang tidak mengecewakan.

CIRI DAN SPESIFIKASI

Dengan berukuran 75 x 167 x 20.3 mm, Kyocera G05 sempurna untuk mereka yang selalu bergerak dan memerlukan sesuatu yang mudah dibawa. Screen 5.5 inci dan menggunakan IPS Display menawarkan visual yang cantik dan jelas.

ChipsetQualcomm Snapdragon 765 5G
Ram & Storan6GB+128GB
Kamera23.8MP
Skrin5.5 S-IPS LCD
Bateri4000 mAh

Kyocera G05 dilengkapi dengan 6GB Ram dan menggunakan chipset Snapdragon 765G yang mampu mengendalikan semua tugas harian dengan lancar. Selain itu, Kyocera G05 ini juga menyokong signal 5G selaras dengan rangkaian 5G yang makin meluas di Malaysia.

Kalis Air

Menariknya dengan Kyocera G05 ni, selam dalam air pun masih lagi boleh berfungsi dengan baik. Kami dah cuba sendiri dan kami memang “salute” dengan tahap kalis air Kyocera G05 ni.

Tahan Lasak

Ciri utama Kyocera G05 iaitu tahan lasak merupakan poin utama kenapa orang membeli phone ini. Kami dah cuba sendiri baling dari tingkat 2 ke tanah jalan tar, memang tahan lasak. Skrin tak retak, phone pun masih berfungsi seperti sediakala.

Jom tonton video yang team kami test Kyocera G05 ni.

PRESTASI KAMERA

Kyocera G05 dilengkapi dengan kamera belakang yang mampu mengambil gambar dengan kualiti yang baik. Walaupun kualitinya tak setanding smartphone lain yang fokus pada prestasi kamera, kamera Kyocera G05 sudah memadai untuk menyimpan momen-momen penting.

MEMORY STORAGE

Kyocera G05 datang dengan 128GB memory storage, membolehkan anda simpan banyak gambar, apps dan lagu tanpa perlu risau pasal storage tak cukup. Kalau anda jenis yang suka simpan macam-macam dalam phone, Kyocera G05 ni memang sesuai. Kalau anda rasa masih tak cukup, anda boleh tambah storan kerana ia juga menyokong tambahan microSD.

KESIMPULAN

Kyocera G05 adalah pilihan baik bagi sesiapa yang mencari telefon yang tahan lasak. Dengan keupayaan tahan air, debu, dan hentakan, Kyocera G05 dibina untuk menghadapi cabaran seharian. Jadi, jika keutamaan anda adalah ketahanan tanpa mengorbankan teknologi, Kunjungi Factory Mobile untuk dapatkan Kyocera G05 sekarang!

Leave a Comment