HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024

Honor secara rasminya telah melancarkan smartphone kategori kamera terbaik 2024 di peringkat Global pada bulan Januari lepas dan membawa evolusi terkini dalam siri Honor Magic dengan memperkenalkan HONOR Magic6 Pro yang bakal menembusi pasaran Malaysia menjelang 20 Mac tak lama lagi!

Jadi kali ni kami akan memperkenalkan Honor Magic6 Pro yang dikatakan satu evolusi terbaru dengan menampilkan kamera super high-res telephoto memberi kualiti gambar yang terbaik untuk kegunaan semua menjadikannya smartphone kamera terbaik 2024.

Menariknya, Honor Magic6 Pro merupakan smartphone pertama yang menawarkan full-screen dan fungsi “always on display” berbanding siri Honor Magic yang sebelumnya.

Seperti yang diwar-warkan, Honor Magic6 Pro ini telah pun dilancarkan di pasaran Global. Rata-rata mereka memberi pandangan dan review yang berbeza mengenai Honor Magic6 Pro ni mengikut kepuasan pengguna tersendiri.

HONOR MAGIC6 PRO

Siri Honor Magic terbaharu ini terdiri daripada Honor Magic6 Pro. Berikut adalah spesifikasi bagi Honor Magic6 Pro tersebut.

ChipsetSnapdragon 8 Gen 3
Storan12GB+512GB
KameraTriple 180MP Periscope Telephoto Camera
Skrin6.8 inci LTPO OLED FHD+
Bateri5600 mAh
PengecasanHonor 100W SuperCharge

Kelebihan                                                              

✅Paparan yang cemerlang dengan Dolby Vision

✅Fast charging, wireless dan ketahanan bateri tinggi

✅3D Face Unlock

✅Display grafik yang smooth

✅Video Stabiliti yang terbaik

✅Kamera berkualiti tinggi

Kekurangan

❌Tiada Slot MicroSD

❌Herotan dalam Audio Playback yang ketara

❌Kurang stabiliti untuk kamera depan bila ambil video

Honor menampilkan kecanggihan teknologinya dari segi fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) ke dalam Honor Magic6 Pro yang menjadikannya sebagai smartphone kamera terbaik 2024.

Design & Display

Reka bentuk Honor Magic6 Pro agak tidak berbeza dengan Honor Magic5 Pro yang terdahulu kerana Honor mengekalkan design large camera cluster di bahagian belakang bersama tiga modul yang disusun dalam bentuk tiga segi. Bezanya untuk Honor Magic6 Pro, Honor hadirkan dengan cushion-shaped metal di sekeliling cluster camera bagi menampilkan imej evolusi terbaru yang lebih wow!

Selain daripada design, Honor Magic6 Pro juga di inovasi kan dengan skrin 6.8-inci LTPO OLED curved yang dilindungi oleh Honor NanoCrystal Shield bukan lagi Corning Gorilla Glass. Skrin Honor NanoCrystal ni telah mendapat sijil daripada “SGS’s Five Star Glass Drop Resistance Ability” yang membuktikan ketahanan Honor Magic6 Pro dengan ujian 10 kali jatuh.

Refresh rate

Seperti yang di iklankan, untuk Honor Magic6 Pro, pihak Honor mengutamakan paparan refresh rate nya yang berkualiti iaitu sehingga 1Hz walaupun pada tahap kecerahan yang minimum 2nits. Dengan kadar refresh rate 120Hz yang tinggi dan kadar flicker skrin 4320Hz, Honor Magic 6pro memberi paparan yang selesa untuk mata anda.

Prestasi

Honor Magic6 Pro menggunakan cipset tercanggih yang dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 memberi pengalaman yang luar biasa bagi peminat Siri Honor Magic pada tahun ni dengan storan 256GB 12GB RAM. Untuk penggunaan harian terasa lancar dan buka aplikasi yang banyak dalam satu masa pun tak ada masalah.

Kamera

HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan Triple-camera iaitu sistem kamera Tele-falcon 180MP dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X dan Kamera Ultra-Wide serta Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan OIS untuk menangkap momen pantas dengan kualiti gambar yang terbaik.

Bateri dan Charging

Berbeza dengan generasi terdahulu, Honor Magic6 Pro direka dengan bateri 5600mAh karbon silicon generasi kedua HONOR yang menyokong pengecasan pantas 80W dan 66W sokongan pengecasan wireless.

Dalam erti kata lain, kuasa bateri yang besar dan pengecasan pantas ini secara tidak langsung memberi penjimatan masa untuk pengguna tanpa perlu menunggu lama bagi satu sesi pengecasan penuh.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Honor Magic6 Pro adalah satu kejayaan smartphone terbaik dalam 2024 selain daripada ianya smartphone swafoto yang berkualiti tinggi, cipset yang digunakan juga adalah yang canggih dan terkini.

Jadi, untuk anda yang suka kan selfie dan nak bateri tahan lama, serta pengalaman harian yang lancar, Honor Magic6 Pro amat sesuai untuk anda. Anda akan dapat merasai pengalaman yang berbeza daripada generasi sebelumnya.

Leave a Comment