5 Smartphone Kamera Cantik Dan Murah Bawah RM1500 (2023)

smartphone kamera cantik

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca blog Factory Mobile. Abe tengok, saban hari pengeluar-pengeluar smartphone berlumba-berlumba untuk keluarkan smartphone murah yang mampu ambil gambar paling cantik dan terbaik. Boleh kata kamera smartphone yang menghasilkan gambar cantik sudah menjadi satu poin penting untuk diambil kira sebelum pengguna membelinya.

Apa yang abe tahu, ramai orang nak ambil gambar-gambar yang cantik untuk kenangan dan biasanya akan dimuatnaik ke akaun sosial media masing-masing. Sudah menjadi satu lumrah manusia pada waktu kini yang mana kita suka berkongsi momen-momen gembira kita dengan orang lain.

Nak muatnaik gambar-gambar yang cantik mestilah perlukan kamera yang terbaik bukan? Ada beberapa kriteria sebuah kamera yang perlu diambil berat seperti jumlah megapiksel, sensor, prestasi pada waktu kurang cahaya dan lain-lain. Biasanya harga sebuah smartphone yang mempunyai kamera yang terbaik ni lebih RM3,000.

Tapi jangan risau! Hari ni abe nak kongsikan 5 smartphone murah dengan kamera cantik dan terbaik, harga bawah RM1,500, yang mana sudah hampir setaraf dengan smartphone kelas atas. Aaa marihh!

1. Realme 11 Pro

realme 11 pro

Realme 11 Pro ni baru sahaja dilancarkan pada bulan Julai 2023, masih panas dari dapur lagi smartphone ni. Dengan harga RM1,499 Realme 11 Pro ni memiliki 100 megapiksel kamera utama. Siap dengan OIS (Optical Image Stabilization) lagi. Maksudnya kalau nak ambil gambar awek, hati tengah berdegup kencang, tangan terketar-ketar nak ambil gambar pun tak ada masalah. OIS ni akan membantu untuk stabilkan gambar yang diambil supaya nampak sharp dan profesional.

Bukan setakat itu sahaja, kamera Realme 11 Pro ni juga dapat mengambil gambar dengan baik pada keadaan cahaya terang. Warnanya juga seimbang, tidak terlalu gelap atau cerah, dan ‘dynamic range’ juga sangat bagus. Mod portret juga agak baik dengan memisahkan subjek dengan latar belakang, dan ada efek bokeh yang bagi abe, sedap mata memandang.

Cuma ada sedikit kekurangan pada waktu keadaan cahaya malap, dimana gambar yang dihasilkan akan ada sedikit noise. Realme 11 Pro ada mod ‘Night Mode’ untuk mengurangkan masalah ‘noise’ tapi ‘detail’ subjek nampak kurang ‘sharp’. Dan sayang sekali, mod ‘ultra wide’ tidak ada untuk Realme 11 Pro ini.

Bagi penggemar selfie, Realme 11 Pro menawarkan 16 megapiksel kamera depan. Kualiti gambar kamera depan boleh dikatakan agak baik dengan masih mengekalkan ‘detail’ subjek dan warna kulit juga nampak semula jadi.

Untuk video pula, Realme 11 Pro ni mampu merakam video bersaiz 4K dengan 30fps dan 1080p dengan 60fps. Ia juga dilengkapi dengan EIS (Electronic Image Stabilization) yang mana membantu stabilkan rakaman video dengan baik. Kalau ada anjing kejar masa tengah rekod video pun, rakaman video masih lagi lancar.

Beli Realme 11 Pro

Pro :      

  • Kamera utama bersaiz 100 megapiksel
  • Dilengkapi dengan OIS (Optical Image Stabilization)
  • Warna dihasilkan seimbang
  • Dynamic range yang baik
  • Mod potret dengan efek bokeh yang cantik
  • Boleh merekod video 4K
  • Mempunyai EIS (Electronic Image Stabilization)

Cons :

  • Gambar mempunyai Noise bila dalam keadaan gelap
  • Tak ada mod ultrawide

2. Redmi Note 12 Pro 5G

redmi note 12 pro review

Jenama Redmi ni dah lama bertapak di Malaysia. Ia adalah dari jenama Xiaomi cuma untuk kelas bawah dan pertengahan. Walaupun di kategorikan kelas bawah dan pertengahan, prestasi smartphone ni bukan calang-calang tau. Nak ambil gambar yang cantik memang tak ada masalah. Harga pun murah. Bagi Abe yang berkategori B40 ni memang sesuai sangat pakai smartphone jenama Redmi ni.

Redmi Note 12 Pro 5G ni pun baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei 2023 yang lepas. Harga yang Redmi tawarkan adalah berjumlah RM1,299 sahaja. Smartphone ni mempunyai 50 megapiksel, tapi yang uniknya, sensor yang digunakan adalah daripada SONY IMX766. Haa hebat tu guys. Sensor SONY ni memang antara yang terbaik untuk kamera smartphone.

Gambar yang dihasilkan pada waktu terang amat memberangsangkan, dengan ‘detail’ yang cukup baik, kontras yang tinggi, ‘noise’ boleh dikatakan hampir tak ada langsung. Gambar yang dihasilkan nampak lebih “timbul”. ‘Dynamic range’ juga sangat baik tapi tidak terlalu melampau, bak kata orang secukup rasa.

Walaupun Redmi Note 12 Pro ni tak ada ‘depth sensor’, gambar portret yang dihasilkan sangat menakjubkan. Subjek dipisahkan dengan latar belakang dengan baik, dan latar belakang dikaburkan dengan sangat baik. Memang lawa untuk di jadikan gambar ‘profile’ di media sosial.

Fungsi ‘ultrawide’ juga sangat baik, yang mana ‘detail’ halus masih jelas nampak, dan ‘noise’ yang sangat sedikit. Warnanya juga nampak lebih semula jadi dan tidak artifisial seperti kamera utama.

Dalam keadaan cahaya malap, Redmi Note 12 Pro mampu mengambil gambar dengan baik. ‘Noise’ yang kurang, ‘detail’ yang jelas nampak walaupun dalam keaadan malap, dan ‘dynamic range’ yang bagus walaupun pada waktu malam. Fungsi ‘night mode’ mampu untuk terangkan sedikit gambar yang dihasilkan, akan tetapi perbezaannya hanya sedikit. Bagi abe, baik gunakan mod auto sahaja ketika dalam keadaan yang gelap.

Kamera hadapan Redmi Note 12 Pro ni adalah 16 megapiksel, dan gambar yang dihasilkan adalah pada tahap yang memuaskan. Warna yang dihasilkan agak baik, akan tetapi ‘dynamic range’ agak rendah. Menyebabkan subjek dan latar belakang tidak dapat dibezakan jarak. Nasihat abe, gunakan fungsi HDR untuk menambahkan lagi ‘dynamic range’

Bagi rakaman video pula, Redmi Note 12 Pro mampu merakam video resolusi 4K dalam 30fps, dan 1080p dalam 60fps. Ia juga dilengkapi dengan fungsi ‘EIS’ tapi hanya untuk 1080p dalam 30fps kebawah sahaja. Video yang dihasilkan agak memuaskan, dengan ‘noise’ yang sedikit dan ‘dynamic range’ yang bagus.

Beli Redmi Note 12 Pro

Pro :

  • RM1,299
  • Kamera utama bersaiz 50 megapiksel
  • Menggunakan sensor SONY IMX766
  • Noise kurang ketika cahaya malap
  • Dynamic range yang baik
  • Boleh merekod video 4K
  • Mempunyai EIS (Electronic Image Stabilization)

Cons :

  • –  Dynamic Range kamera depan agak rendah

3. Samsung Galaxy A52

samsung galaxy a52 kamera selfie cantik

Siapa tak kenal jenama Samsung kan? Kalau dulu orang selalu bandingkan Samsung dengan Apple Iphone. Boleh dikatakan Samsung ni abang otai dalam smartphone. Tapi harga Samsung pun boleh tahan mahal juga, cuma ada model-model Samsung yang dibuat murah untuk golongan pertengahan, antaranya Samsung Galaxy A52 ini.

Samsung Galaxy A52 juga berjumlah RM1,299 sama harga dengan Redmi tadi. Kamera yang didatangkan bersama Galaxy A52 ni adalah 64 megapiksel untuk kamera utamanya.

Gambar yang dihasilkan pada waktu cahaya terang agak baik, warna yang dihasilkan nampak ceria dan lebih hidup. Malah ‘detail’ juga masih nampak dengan jelas dan sangat baik. ‘Dynamic range’ juga sangat luas, subjek dan latar belakang dapat dipisahkan dengan baik.

Akan tetapi, ada sedikit masalah pada kamera samsung ini. ‘Noise’ yang dihasilkan agak tinggi berbanding smartphone di atas. Fungsi zoom juga kurang memuaskan, dimana gambar yang dihasilkan akan mempunyai ‘noise’ dan juga gambar nampak sedikit kabur.

Walaubagaimanapun, prestasi Samsung Galaxy A52 pada waktu keadaan malap agak baik sedikit bagi smartphone di golongan pertengahan. Walaupun masalah ‘noise’ masih ada, ‘detail’ yang diambil amat bagus. Warna gambar yang dihasilkan juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi ‘dynamic range’ juga sangat memuaskan bagi smartphone di golongan pertengahan.

Ia juga dilengkapi dengan 32 megapiksel kamera hadapan. Ambil gambar ‘selfie’ dengan smartphone ini memang memuaskan. Subjek dan latarbelakang dapat dipisahkan dengan baik, dan ada efek bokeh yang cantik dan nampak semula jadi.

Samsung Galaxy A52 menawarkan rakaman video beresolusi 4k dalam 30fps. Kamera utama menghasilkan video yang baik, dan ‘noise’ boleh dikatakan tak ada langsung. ‘Dynamic range’ juga luas dan bagi abe, warna yang dihasilkan nampak sangat semula jadi. Mungkin yang terbaik abe jumpa bagi smartphone di dalam kategori pertengahan. Dan akhir sekali, fungsi ‘EIS’ sangat membantu untuk menstabilkan rakaman video ketika bergerak.

Beli Samsung Galaxy A52

Pros :

  • RM1,299
  • Kamera utama bersaiz 64 megapiksel
  • Kamera depan bersaiz 32 megapiksel
  • Dilengkapi dengan OIS (Optical Image Stabilization)
  • Warna nampak ceria dan lebih hidup
  • Dynamic range yang luas
  • Detail pada waktu malap sangat baik
  • Boleh merekod video 4K
  • Mempunyai EIS (Electronic Image Stabilization)

Cons :

  • Gambar mempunyai noise walaupun dalam keadaan terang
  • Fungsi zoom yang kurang memuaskan

4. Xiaomi Mi 11T

xioami 11t review kamera

Kalau tadi abe ceritakan pasal Redmi, kali ni nak cerita si “ayah” Redmi, iaitu Xiaomi Mi 11T. Xiaomi Mi 11T mula dijual di Malaysia pada tahun 2021 dan kini harganya berjumlah RM1,499. Walaupun smartphone ini dikeluarkan pada tahun 2021, keupayaan kameranya masih cantik dan relevan untuk digunakan pada tahun ini.

Kamera utama Xiaomi Mi 11T ini adalah 108 megapiksel dan menggunakan sensor ISOCELL HM2 1/152” daripada Samsung. Manakala untuk kamera 8 megapiksel ultrawide pula, Xiaomi menggunakan sensor IMX355 daripada SONY. Bukan calang-calang kamera dia guys.

Jadi, macam mana pula dengan keupayaan kamera Xiaomi Mi 11T ni? Kamera Xiaomi ni dapat mengambil gambar yang cantik di dalam keadaan cahaya yang terang. Gambar yang dihasilkan nampak lebih organik, tekstur halus yang kompleks seperti rumput dan batu-batuan tidak menunjukkan proses ‘sharpening’ yang melampau.

Warna yang dihasilkan melalui kamera utama sangat baik, dengan ‘white balance’ yang hampir tepat membuatkan gambar yang diambil tampak lebih menarik. Kamera ultrawide pula sangat memuaskan, dengan gambar nampak lebih jelas dan ‘dynamic range’ yang baik. Tapi abe perasan, gambar yang dihasilkan oleh kamera ultrawide ada sedikit kebiruan, ke arah ‘cool’ sedikit, tapi masih tidak menjejaskan kualiti gambar dan isu ini boleh dibaiki dengan sedikit ‘editing’.

Yang menarik dengan Xiaomi Mi 11T ni, keupayaan mengambil gambar di dalam keadaan cahaya malap, amat memberangsangkan. Gambar yang dihasilkan amat jelas, dan ‘white balance’ juga tepat. Warna juga seimbang tanpa ada sebarang cacat cela dan ‘detail’ masih jelas nampak walaupun dalam keadaan malap.

Akan tetapi untuk kamera bahagian depan, ada sedikit kekurangan. Walaupun menggunakan kamera 16 megapiksel, gambar yang dihasilkan kurang ‘detail’. Gambar nampak malap dan bayang-bayang pula terlalu gelap bagi pendapat abe. Warna kulit boleh dikatakan baik cuma secara keseluruhan warna yang dihasilkan agak pudar.

Xiaomi Mi 11T mampu untuk rekod video 4K dalam 30 fps dengan kamera utamanya. Fungsi EIS juga ada untuk menstabilkan rakaman video. Kualiti yang dihasilkan sangat baik. Ia mampu merekod ‘detail’ yang baik, dan video dihasilkan nampak lebih semula jadi. ‘White balance’ juga tepat dan warna yang dihasilkan nampak lebih hidup, malah ‘dynamic range’ hampir menyerupai kamera yang ada pada smartphone kelas atas.

Beli Xiaomi Mi 11T

Pros :

  • RM1,499
  • Kamera utama bersaiz 108 megapiksel
  • Menggunakan sensor ISOCELL HM2 1/152” daripada Samsung
  • Kamera Ultrawide mengguna sensor MX355 daripada SONY
  • Dilengkapi dengan OIS (Optical Image Stabilization)
  • Gambar dihasilkan nampak organik
  • Dynamic range yang baik
  • Gambar dihasilkan dalam keadaan malap sangat baik
  • Boleh merekod video 4K
  • Mempunyai EIS (Electronic Image Stabilization)

Cons:

  • Warna yang dihasilkan kamera ultrawide ada sedikit kebiruan
  • Gambar daripada kamera depan nampak malap dan pudar.
  • Phone sudah lebih 2 tahun di pasaran, kemungkinan tiada update lagi untuk phone ini.

5. VIVO V27E

smartphone kamera cantik vivo v27e

Akhir sekali dalam senarai ni, abe nak rekomen smartphone VIVO V27E. Dengan tanda harga RM1,299 VIVO V27E ini didatangkan dengan kamera utama bersaiz 64 megapiksel. Poin utama smartphone V27E ini adalah Aura Portrait Algorithm dimana telah tersedia dibina dengan Aura Light. Nak ambil gambar potrait memang cantik lah.

Abe cuba ambil gambar makanan menggunakan kamera utama Vivo V27E ini, dan dalam keadaan cahaya yang cukup gambar yang dihasilkan amat memberangsangkan. Gambar makanan nampak timbul dan menyelerakan. Nak buat food photography memang tiada masalah.

Dalam keadaan cahaya yang terang, Vivo V27E dapat menghasilkan gambar yang baik, wide range yang secukup rasa dan pisahan antara subjek dengan latar belakang dapat di tangkap dengan baik. Bila abe cuba ambil gambar dengan sengaja menghadap matahari, V27E mampu menghasilkan gambar yang baik dengan warna yang sedikit warm dan tidak terlalu cerah.

Vivo V27E mampu menghasilkan gambar yang baik ketika dalam keadaan malap. ‘Detail’ subjek masih jelas kelihatan dan ‘wide range’ juga amat baik. Fungsi ‘night mode’ membantu untuk meningkatkan lagi ‘detail’ pada subjek.

Aura Light yang menjadi poin utama V27E ini membantu untuk menghasilkan gambar potret yang baik. Abe suka dengan gambar potret yang dihasilkan, pemisahan antara subjek dengan latar belakang amat baik. Kamera fokus pada muka dengan baik dan latar belakang mempunyai efek bokeh yang sangat cantik.

Kamera hadapan VIVO V27E pula menawarkan 32 megapiksel yang mana mampu menghasilkan gambar ‘selfie’ yang baik. ‘Detail’ jelas kelihatan dan warna kulit juga tidak lari daripada warna asal.

Akhir sekali, bagaimana pula dengan keupayaan rakaman video daripada VIVO V27E ni? Kamera utama V27E mampu merakam video dalam format 4K dan warna yang dihasilkan nampak hidup dan semula jadi. Warna yang dihasilkan nampak sekata dan ia juga mempunyai EIS untuk menstabilkan rakaman video dalam keadaan bergerak. Sesuai untuk ‘influencer’ yang suka buat vlogging.

Beli VIVO V27E

Pros :

  • RM1,299
  • Kamera utama bersaiz 64 megapiksel
  • Gambar potret yang dihasilkan sangat cantik
  • Dynamic range yang baik
  • Gambar dihasilkan dalam keadaan malap sangat baik
  • Boleh merekod video 4K
  • Mempunyai EIS (Electronic Image Stabilization)

Cons :

  • Hanya fokus pada mod potret, mod yang lain pada tahap memuaskan sahaja

Ha, macam mana guys? Abe dah senaraikan 5 smartphone murah gambar cantik dan terbaik bawah RM1,500 untuk anda buat perbandingan sendiri. Link pembelian pun abe dah sediakan. Abe harap penulisan abe ni membantu anda semua untuk membeli smartphone yang bersesuaian dengan kehendak anda sendiri. Sampai sini sahaja perkongsian abe, kita jumpa lagi di dalam penulisan yang lain pula. Assalamualaikum.

Leave a Comment